Assalamualaikum.....
Aku bangun awal hari ini, dek kerana pada pagi yang sejuk dan nyaman negeri kelahiran ku akan di tinggalkan. Aku dijangka akan berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 0645. Aku bangun pada jam 0430. Radio ku kuat berbunyi. Arkh!!! malasnya aku nak balik UMS (Sabah). Tapi beberapa hari yang lepas aku tak sabar nak balik KK. Tibanya hari yang terakhir ini malas rasanya. Ini di katakan hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Apa boleh buat, demi mendapatkan segulung ijazah yang di idam-idamkan ini terpaksa aku redah dan tempuh.
Hari ini aku hanya tinggal di Sepang, rumah akak aku. Esok dalam jam 2 petang, insyaAllah aku akan berangkat ke Kota Kinabalu. Aku sampai KLIA tadi pada jam 0730, tapi sekarang aku masih menunggu akak aku yang masih belum nampak batang hidung. Entah sampai entah tidak.
Kalau diizinkan yang Maha Esa, mungkin ini adalah kali terakhir aku pergi ke Kota Kinabalu atau lebih spesifik UMS. Sabar saja lah. Apa yang amat menyedihkan apabila keputusan semester lepas keluar, ramai sahabat seperjuangan ku tersungkur di perjalanan. Tetapi mereka tidak mudah putus asa. Mereka akan berjuang habis-habisan sehingga titisan darah terakhir. Aku mendoakan sahabat-sahabat ku sekalian semoga perjuanagan mereka ini amat berbaloi.
Kepada pembaca dan sahabat yang selalu membaca blog ku ini, doakan aku dan sahabat-sahabat seperjuangan ku berjaya mendaki puncak yang nun tinggi melangit. Moga-moga doa kalian akan di makbulkan oleh Yang Maha Berkuasa seterusnya cita-cita yang ku impikan tercapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan