tag line

tag line

Isnin, 22 Jun 2009

Asrama dan ulang-alik...

Assalamualaikum....
Sekarang aku dah mencecah 23 tahun. Sepanjang 23 tahun aku hidup ini, macam-macam jenis manusia yang aku jumpa. Dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi hingga ke universiti. Macam-macam ragam. Ini sekadar pendapat dan pemerhatian yang dialami oleh diri aku sendiri. Segala yang tercatat di dalam blog ini, sekadar pandangan dan pemerhatian penulis sahaja tak lebih daripada itu. Asrama dan ulang-alik, Itu lah isu yang di kupas dalam kisah kali ini.

Di sekolah menengah dahulu, aku tiada lah pengalaman bergaul dengan remaja yang tinggal di asrama. Tetapi di peringkat matrikulasi sehingga sekarang iaitu peringkat universiti, baru aku tau macam mana rasa bergaul dengan remaja yang biasa tinggal diasrama. Tinggal di asrama pada definisi aku di sini adalah pada peringkat sekolah menengah hingga tamat sekolah menengah. Manakala, ulang alik pula, menggunakan kenderaan sendiri atau awam untuk kesekolah pada peringkat yang sama iaitu sekolah menengah.

Apa yang dapat aku perhatikan, memang dapat dipuji remaja yang tinggal diasrama. Kerana mereka lebih suka berdaya saing dan boleh berdiri di kaki sendiri berbanding dengan remaja yang suka ulang alik ke sekolah. Mereka ini letak lah dimana-mana, mereka pasti boleh hidup. Syabas diucapkan.

Manakala, remaja yang ulang alik kesekolah ini pula lebih suka bergantung pada bantuan orang dan takut untuk mencuba, tetapi apabila dia mula mencuba sesuatu dan berjaya, keyakinannya akan naik. Itu adalah kelemahan remaja yang ulang alik kesekolah.


Perbezaan antara remaja asrama dan ulang alik adalah dari segi hati dan perasaan. Remaja yang ulang alik ke sekolah, mereka lebih pandai bergaul dengan oarang tua berbanding dengan remaja asrama. Pada pada pendapat saya, remaja pada umur 13 hingga 18 tahun adalah waktu untuk mereka berfikir secara matang dan mula mencari hala yang bakal dituju. Pada waktu itu, mereka harus lah pandai melayan orang yang lebih tua, menjaga hati dan perasaan orang tua dan sebagainya.

Ini bukan sekadar omong kosong semata-mata, ini adalah seciput pengalaman yang aku sendiri alami. Aku ada kawan dan saudara yang tinggal di asrama dan ulang alik semasa sekolah lagi. Kita lihat persepsi di alam perkahwinan. Dua insan ini adalah jiran dan bau-bau bacan yang aku agak kenali. Seorang yang tinggal diasrama dari sekolah rendah sehingga peringkat universiti dan terus kerja diberi nama Ali (bukan nama sebenar). Manakala Seorang lagi, tinggal di asrama pada peringkat universiti sahaja di beri nama Abu (bukan nama sebenar).

Dua insan ini berkahwin pada tahun yang sama, cuma tarikh yang berbeza. Apa yang aku dapat lihat, Abu lebih suka dan lebih pandai bergaul dengan orang lain berbanding Ali. Contoh situasi adalah bila isteri mereka mengandung. Abu cukup romantis, dijaga dan dibelai isterinya ketika alahan mengandung. Di gosok-gosok belakang apabila muntah, dipicit-picit ketika pening dan duduk di sisi isteri ketika isterinya kurang sihat.

Lain pula kisahnya si Ali, dah biasa tinggal di asrama. Bila isterinya mengalami alahan mengandung boleh pulak dia cakap isterinya manja. Nak itu lah, nak ini. memang pelik. Tapi ape boleh cakap, si Ali lebih suka berdiri pada kaki sendiri dan tidak suka bergantung dengan orang lain. Bila isterinya muntah-muntah, boleh pulak dia buat tak tau, layan TV je. Nasib lah isterinya. Apa boleh buat. Dari segi pergaulan pula, Ali lebih suka bergaul dengan rakan seusia sahaja. Bila duduk dengan mertua dan ibubapa sendiri, Ali duduk diam tak berkata apa macam ibubapa dan mertuanya baru dikenalinya.

Sebagai contoh pada waktu selepas makan, si Abu bila dah habis makan dia akan tunggu sambil ketawa-ketawa sama-sama sehingga semua habis makan. Tetapi si Ali bila je habis makan, ambik pinggan dan cawan dia letak dalam sinki dan terus masuk bilik atau buat kerjanya.

Apa yang penulis dapat rungkapkan, tujuan sekolah asrama di wujudkan adalah untuk membentuk insan yang lebih berdaya saing, pandai urus diri sendiri, berdiri di kaki sendiri dan pandai menjaga hati dan perasaan manusia di sekelilinganya. Tetapi lain pulak jadinya.

Tetapi penulis tidak menghukum remaja yang tinggal di asrama itu semuanya tidak pandai bergaul dan remaja yang ulang alik pula pandai bergaul dan faham hati dan perasaan orang lain. Ada juga yang sebaliknya berlaku. Penulis sekadar menyatakan secara umum sahaja. Semua yang terkandung dalam penulisan ini hanyalah gambaran sebenar yang berlaku dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Ini adalah sekadar pendapat dan pemerhatian penulis yang merasai dengan perasaan dan melihat sendiri dengan mata penulis. Ini sekadar pandangan dan pendapat penulis sahaja tidak lebih daripada itu.

Tiada ulasan: