tag line

tag line

Jumaat, 12 Disember 2008

Jangan duk mengata orang.

Assalamualaikum…

Beberapa hari yang lepas, kita umat islam khasnya telah menyambut hari raya korban atau hari raya aidil adha yang setahun sekali disambut oleh umat islam. Tetapi yang kelakarnya, ada kisah disebalik aku beraya di kampung halaman. Seorang sahabat yang aku sangat rapat punya lah mengutuk sedaranya macam ni lah macam tu lah. Pada hal dia tidak sedar akan perangai buruknya yang seakan-akan apa yang dikatakan dan dikutukkan kepada saudaranya. Aku mengambil langkah berjauhan (lari dari tempat) atau berdiam diri apabila dia mula mengutuk orang.

Memang benarlah kata orang jangan mengata orang buruk-buruk, nanti menimpa di kepala sendiri. Dia cakap saudaranya tu tak suka bercampur ngan saudara yang lain, tapi dia pun sama, alasannya MALU!! Dia tak sedar ke apa saudara nya pun mungkin sama malu jugak. Kalau tak silap saya, ayat Al-Quran atau Hadis atau pujangga, saya tak pasti, yang mengatakan lebih kurang, tapi tak tepat lah. Hidup ni bagaikan roda, kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada dibawah.

Samalah dengan hidup kita, kadang-kadang kita dipuja-puja orang tapi kadang-kadang kita dikutuk orang. Kita belajar dari kesilapan kata seorang pujangga, tapi kita sebagai manusia atau umat islam yang ingin berdaya saing, kita mestilah belajar dari kesilapan diri DAN juga diri orang lain. Belajar dari kesilapan itu bukan sekadar kita sendiri mengalaminya, tetapi daripada pemerhatian. Ini lah masanya kita warga ahli sains menggunakan segala kemahiran yang di ajar semasa sekolah dulu.

Kadang-kadang memang patut kita contohi Rasulullah yang lebih suka diam daripada berbicara. Tetapi pada zaman sekarang manusia mana yang boleh diam, nanti orang mengata kita ni sombong. Bukan nak ambik tau sangat apa yang orang nak mengata di belakang kita, tetapi saya sebagai hamba Allah yang masih lemah dan sangat memerlukan yang maha Esa, kita tidak mahu menambah dosa sahabat seislam kita dan diri kita jugak. Sebagai inisiatif yang lebih baik, kita mestilah berada di bawah.

Biarlah apa orang nak kata kita ni teruk sangat, tetapi pada hakikatnya, ia mengajar kita supaya lebih rendah diri, bertolak ansur dan sebagainya. Pendek kata lebih banyak baik daripada buruk. Maka, biarlah lah sahabat kita berada diatas biarlah kita berada dibawah sekali. Biarlah dia terus terbang selagi tidak mengganggu hidup kita, tidak menjatuhkan Agama kita dan keluarga kita.
Aku bukan bertujuan untuk mengutuk sesiapa atau menyatakan aku seorang yang hebat, tetapi sekadar peringatan kepada saudara seislam. Memang itu lah yang dikehendaki oleh islam, saling ingat mengingat.

2 ulasan:

NIVYANFAZZA berkata...

penilaian dengan ilmu bukan dengan perasaan....

master mazeen berkata...

tepat kata-kata saudara burhan kita terima kasih. Itu hendaknya.