tag line

tag line

Jumaat, 5 Disember 2008

Trip Kudat....


Pada 23 November 2008, aku bersama 3 rakan yang lain pergi ke Simpang Mengayau. Simpang Mengayau juga dikenali sebagai Tip Of Borneo kerana terletak pada hujung kepulauan Borneo. Perjalanan bermula tepat 9 pagi dengan kereta Diana. Aku macam biasa jadi driver untuk diorang. Selain Diana, Arif dan Faizal juga turut menyertai kembara ini. Perjalanan dijangkakan mengambil masa selama 2 jam 30 minit.


Dalam perjalanan yang cukup panas cuacanya, kami bercadang untuk singgah ke tamu yang terletak di Kota Belud. Kota Belud bukan di ambil disebabkan oleh banyak belud disana, tetapi diambil dari salah satu bahasa etnik sabah. Kota ialah 'Kota' dan Belud membawa maksud 'bukit-bukau'. Maka Kota Belud Bermaksud Kota yang berada di kawasan berbukit. Memang benar, kerana apabila penulis sampai di kawasan sana, memang kawasan yang berbukit-bukau. Dalam tamu yang dibuka pada hari Ahad sahaja itu terlalu banyak barang yang dijual, bukan setakat yang basah, malah yang kering seperti barangan kristal, tikar rotan dan sebagainya. Yang paling popular disini adalah pisau atau parang Kota Belud. Pelbagai jenis dan rekaan pada sarung parang itu, semua cantik-cantik. Tak ketinggalan pedang pun ada!


Setelah itu kami solat jamak di Masjid Jamik berdekat dengan Tamu Ahad itu. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami. Kami berhenti di satu gerai yang terletak di tepi jalan. Di sepanjang perjalanan kami, banyak gerai dibuka menjual jagung bakar, bukan jagung biasa, tapi jagung pulut!


Rasanya agak sedap. Sedikit rasa berlemak, macam makan pulut. Faizal belanja kami buah rambutan dan aku belanja diorang makan pisang. Kemudian kami singgah di Kampung Madu Gombizau. Disana ternakan lebah dijalankan. Kawasannya sangat luas berpuluh-puluh ekar luasnya. Kami hanya dibenarkan untuk melihat di depan sahaja. Waktu sekarang adalah bukan musim bunga, jadi madu tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa. Rugi rasanya.


Kami meneruskan perjalanan kami dan kami singgah di Rumah Panjang Rungus. Tidak jauh daripada Kampung Madu Gombizau. Kami masuk disana, ramai mak cik dan pak cik sibuk membuat barangan kraftangan untuk dijadikan sebagai mata pencarian mereka. Kami dierkenalkan oleh salah seorang pak cik yang berada disana dengan satu permainan yang saya sendiri tidak tau main dan tidak tahu apa namanya. Yang mengejutkan apabila mereka menyatakan, sekiranya permainan itu berjaya diungkai, maka dia layak untuk berkahwin! Maksud di sebalik daripada permainan ini adalah, bila permainan itu berjaya diungkai, bermaksud, seseorang itu sudah pandai untuk mencari rezeki untuk menampung isterinya!

Perjalanan diteruskan apabila lambaian perpisahan pada pak cik dan mak cik di Rumah Panjang Rungus. Disana juga turut menyediakan penginapan bagi mereka ingin merasakan keadaan bermalam di sana. Bayaran untuk penginapan juga tidak lah mahal, agak berpatutan.

Kini tiba destinasi yang utama iaitu Simpang Mengayau. Perjalanan untuk masuk kesana agak sukar sedikit kerana dalam proses untuk mengtarkan. Jalan nya tidak bertar tetapi masih ditimbun dengan batu seolah-olah bila-bila masa sahaja untuk mentarkan jalan raya. Bergegar otak kami! Gegaran terubat apabila melihat begitu cantik dan indahnya disana, tenang dan lapang sahaja. Sesuai dengan masa kami kesana. Hilang segala serabut di dalam hati selepas menduduki peperiksaan akhir semester.

Jam menunjukkan tepat 5 petang, kami sedar ketidak cukupan masa kami. Maka kami berangkat pulang. Sebelum balik kami singgah ke pekan kudat, 20 minit dari lorong Simpang Mengayau. Plan asal nak makan di sana, tapi risaukan status halal disana, maka kami memutuskan untuk mengikat perut sehingga sampai Kota Kinabalu.


Malang tidak di duga, sepanjang perjalanan balik, kami di duga dan "diganggu" oleh tak tau samada manusia atau pun bukan. Tapi alhamduliAllah kami tidak di buat apa-apa yang teruk sekadar bergurau dengan kami sahaja. Sampai di KK, kami ke Masjid Bandaraya untuk menunaikan solat. Kemudian ke Tanjung Lipat untuk meguraikan ikatan pada perut kami. Kami gembira dengan perjalanan yang di lalui oleh kami sepanjang hari. Mega perjalanan yang lain nanti akan berjalan dengan selamat. Nantikan percutian yang best lain kali dan lain hari. Hidup mesti Happy dan bak kata puteri " hidup mesti enjoy!!"......

Tiada ulasan: