tag line

tag line

Sabtu, 12 Disember 2015

Melegakan atau merisaukan?

<<< Assalamualaikumualaikum >>>

Disember 2015, aku berhadapan dengan 2 perkara yang mungkin akan merubahkan aku sama ada jangka panjang atau mungkin juga jangka pendek.


Tawaran itu ini memang banyak, mencanak-canak masuk ke gegendang telinga tapi ia menjadi cerita dogeng yang membawa kegembiraan kepada kanak-kanak yang gemar mendengarnya. Konsep yang tidak pernah meminta dan merayu ini bermula pada Mei 2015 lagi hingga awal Disember 2015.


Awal Disember 2015, aku menerima perkabaran salah satu cerita dogeng yang mencecah halwa telinga menjadi kenyataan dan disokong serta diluluskan. Patutkah aku rasa gembira atau perlu aku timbul perasaan risau dan gerun?

Perkara kedua, berlawanan gender texted me 'I think we should stop contacting each other, bla...bla...bla...'. Walaupun, taman mula berbunga tapi aku menghormati kehendak dan kemahuan nya. Mungkin yang kita jangka dan cuba impikan terkubur, tetapi setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sekiranya terjadi, mungkin makin buruk dan teruk berlaku. Siapa tahu? Apa pun aku bersyukur dengan apa yang berlaku.



Biar apa pun yang berlaku, aku reda dan aku pasrah kerana setiap yang berlaku adalah ditetapkan oleh Allah. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik kepada hambanya kerana itu yang aku pohon setiap amanah aku 5 kali sehari!


<<< Syukran wa syukur lilalh >>>

Tiada ulasan: