“ Mr. A, Miss B, Miss C, Miss D and Mr. Nizam. All of you can enter this room!”. Hati yang cuba ditenangkan dengan anggapan yang baik, tiba-tiba gundah gelana dek tsunami yang sukar untuk dijangka. Cubaan untuk menyelamatkan diri daripada badai tsunami di cuba berkali-kali. Malangnya, serangan yang dilontarkan tidak mempengaruhi ombak yang kuat. Walaupun kalah dalam serangan tsunami, tetapi aku cukup bangga dengan pengalaman yang baru aku tempuhi. Pengalaman yang aku ada ini, akan aku pelajar dan aku kongsi kepada sahabat-sahabat atau pembaca sekalian.
Dulu biasanya kalau temuduga sahaja, konsepnya seorang ditemuduga oleh 5 orang. Sekarang, 5 orang yang ditemuduga oleh masing-masing. Penemuduga hanya diam dan pantau, melihat samada dalam serangan, mampukah kita mencipta serangan atau mencipta peluru baru? Sekiranya anda mampu mengeluarkan peluru baru, maka anda layak berada di situ.
Sebenarnya aku dah tak kisah dari awal lagi. Pengalaman aku letak nombor satu. Menang atau kalah aku letak nombor dua kerana aku mempunyai target atau sasaran aku sendiri. Aku sudah nekad dengan sasaran itu. Itu dikatakan setiap apa yang dirancang haruslah mempunyai plan yang harus di susun. Sekiranya plan A anda tidak berjaya, sekurang-kurangnya plan B anda menanti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan