Pernahkah anda semua mendengar “Yang membezakan haiwan dan manusia adalah akal”? Saya yakin dan percaya anda pernah mendengarnya dan anda setuju dengan klausa yang telah dikeluarkan sejak nenek moyang lagi. Secara peribadi penulis sangat menyokong dan sangat bersetuju dengan klausa tajuk ini. Satu lagi klausa yang biasa kita dengar adalah “darah sama merah, kita adalah sama”.
Mesti ada yang tertanya-tanya kepada tetiba je dua klausa dikeluarkan oleh penulis di pagi yang panas ini. Jujurnya penulis adalah seorang pemerhati, suka melihat riaksi, tingkah laku dan perbuatan seseorang. Apa yang penulis perhatikan hari ini sebenarnya anda tidak menyokong klausa yang diberikan! Saya yakin anda akan cuba menafikan. Buktinya, ada yang saya perhatikan sesetengah manusia suka membandingkan darjat dan pangkat yang dimiliki. Contohnya, ada satu cerita yang boleh dikongsi dengan pembaca bukan untuk bergosip dan menghina, tetapi sekadar memberi peringatan kerana nanti kita akan berada ditanah jua.
Saya pernah pergi ke satu tempat (tak perlu rasanya di maklumkan dimana), saya ni macam biasalah panggil akak a.k.a kak pada seseorang, tetapi dengan pantas jawapan tersembur keluar “Saya lebih pangkat daripada awak!, jadi panggil saya cik?” saya agak terkesima dengan lontaran peluru yang di berikan. Kata menyokong klausa yang diberikan, tetapi tetap membezakan pangkat.
Banyak lagi cerita-cerita yang boleh dikongsi, tetapi biarlah satu cerita ini cukup memberi peringatan kepada semua. Ingat kita akan masuk rumah bertanah dan berkumpul di padang mahshar dalam keadaan yang sama kecuali orang yang mempunyai banyak amalan dan tidak ego dengan pangkat yang dimiliki semasa mengembara di dunia yang fana ini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan