tag line

tag line

Khamis, 9 Jun 2011

KEGEMMATAM 2011

Pendokong KEGEMMATAM 2011
(Fasilitator dan Urusetia)


Adalah merupakan singkatan kepada Kem Gerak Minda Matematik Tambahan 2011. Kem ini telah berlangsung pada 26 - 28 Mei 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor, Hulu Terangganu anjuran Persatuan Siswazah Matematik (SISMAT), Jabatan Matematik, Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), Pusat Sains dan Kreativiti Terangganu (PSKT), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu dan Majlis Pengetua-Pengetua Hulu Terengganu.

Kem ini telah berjaya menghimpunkan seramai 200 orang pelajar Matematik Tambahan tingkatan 5 dan 10 orang pelajar tingkatan 4 di sekolah menengah sekitar Hulu Terengganu. Objektif penganjuran kem ini adalah untuk meningkatkan motivasi pelajar bagi menguasai ilmu Matematik Tambahan dengan menanam sikap yang positif dan minat yang mendalam terhadap Matematik Tambahan. Atas alasan ini, SISMAT telah memilih pelajar 'galus' (antara gagal dan lulus) untuk membantu mereka dalam SPM yang akan datang.

Kem ini telah dirasmikan oleh YB Tn. Haji Zawawi bin Ismail, ADUN Kuala Berang dan dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Dr. Aziz Deraman. Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya senamatik, burumatik dan perbincangan soalan Matematik Tambahan yang di selia oleh guru pakar, Cikgu Khairul Anuar.

Rata-rata peserta mula berubah persepsi terhadap Matematik Tambahan. Mereka mula bersemangat dan bermotivasi untuk meningkatkan pencapaian Matematik Tambahan.

Tiada ulasan: