"Kami jangkan Kelantan akan menang 2 - 0 dengan Terengganu". Itu adalah salah satu klausa yang diluahkan oleh beberapa orang yang ditemu bual oleh TV3 sehari sebelum kejadian. Alasan yang diberikan adalah kerana Kelantan mempunyai pemain yang berkaliber dan sejarahnya menang beberapa permainan.
Atas dasar itu, permainan Kelantan mula selesa. Semalam aku mengadap tv melihat dan menyokong The Red Worrier. Tapi apa yang aku perhatikan, permainan Kelantan pada separuh masa pertama sangat perlahan. Pada separuh masa kedua mula mengatur serangan, nampak lancar sahaja. Alhamdulillah satu gol berjaya disudahkan. Selepas itu, mungkin selesa dengan gol yang di peroleh, Kelantan mula melengahkan masa untuk menamatkan permainan. Sementara Terangganu tidak berputus asa sentiasa mengatur untuk menyerang. Secara tidak sengaja, kurang 5 saat untuk menamatkan permainan satu gol buat Terengganu. Kelantan mula hilang semangat untuk berjuang. Masa tambahan terpaksa digunakan.
Separuh masa tambahan pertama Kelantan mula bermain sekadar mempertahankan sahaja. Kurang serangan di lakukan. Separuh masa tambahan kedua, satu gol buat Terengganu. Akhirnya Kelantan kalah dengan Terengganu 2 - 0. Tahniah buat Terengganu, tidak pernah berputus ada.
Awalnya Kelantan nampak terlebih keyakinan, tetapi setelah mata diserikan oleh Terengganu, Kelantan mula goyah, dek masa permainan 120 minit = 2 jam, pemain Kelantan nampak kepenatan. Mungkin mereka banyak sangat latihan bagi tidak menghampakan penyokong Kelantan yang dikatakan hampir 2/3 stadium. Atas alasan ini aku sentiasa menyokong The Red Worrier. GOMO KELATE GOMO!! Aku yakin dan percaya suatu hari nanti Malaysia akan terkejut dengan kebangkitan Kelantan!
Apa pun, dengan kekalahan ini diharapkan dijadikan pengajaran kepada pemain-pemain Kelantan mahupun pemain-pemain lain bahkan kepada semua pembaca sekalian. Kita tidak boleh bangga dengan apa yang kita telah miliki, tetapi kita kena wujudkan kebanggaan baru kerana masa lalu adalah sejarah, masa hadapan adalah kehidupan baru yang dihadapi oleh semua. Segala komentar diberikan bukan bertujuan mengutuk atau menjatuhkan mana-mana pihak tetapi sekadar mengutarakan pendapat dan memberi pengajaran kepada semua. Semoga yang positif diambil yang negatif dapat dibuang jauh-jauh. Mana-mana pihak terasa, penulis mohon 10 jari ampun dan maaf.