tag line

tag line

Rabu, 2 Februari 2011

syukur alhamdulillah

Setelah 2 bulan menanam anggur yang memberikan pendapatan yang sangat 'lumayan' ini, akhirnya aku mendapat seru untuk bekerja. Tetapi kerja sementara sahaja. Apa yang syoknya dua kerja skali aku hentam. Biasa ar tamak haloba (ada aku kesah korunk nak kata ape!). Anyway, disebabkan ketamakan aku ni, aku menerima bukan setakat tamparan, tetapi sepakan maut yang sangat perit. Nak tau ke job ape yang terima?

KERJA 1
Yang 1st job aku terima adalah mengedit2 bahan untuk dijadikan buku. Yang part ni free lence je. Time tak sibuk bleh buat ar. Tapi yang tak tahannya, banyak giler nak kena edit. Lain kesnya yang 1st editing job dulu. Yang dulu tu senang je, susun-susun skit pastu bg cun skit jadual ngan rajah dan sbgnya dah ok lah. Tapi yang ni pedih dan perit skit. Xpe, anggap semua ni adalah proses untuk aku belajar.

KERJA 2
Kerja kedua ni lebih formal skit. Aku ada jumpa salah seorang pensyarah dari Fakulti Perubatan Vaterinar, UMK dan merupakan bukan warganegara Malaysia. Aku panggil dia Prof. Imad, he is from Iraq. Nak ucapkan terima kasih kepada Ahmad Saufi (kasi glamour skit!) kerana mencadangkan nama aku kepada Prof. Imad. Hah! ini satu bala jugak, dah la aku tunggang tebalik Bahasa Inggeris aku, lagi cantik, dia tau yang aku penah belajar Bahasa Arab! Memang masuk rembun berdurilah pastu jumpa harimau pulak. Camne bleh jumpa harimau? Korunk tau lah aku penah sekolah kerajaan negeri, nama je kelas sains tulen tp tak penah buat eksperimen (takpe, janji semua pelajar sekolah tu cemerlang, i'm proud to be MML-Maahad Muhammadi Lilbanin). Time aku jumpa eksperimen lab adalah time Matrikulasi Pahang (Sebab tu lah time matrik aku paling xcited masuk lab!). Masuk universiti, salah-salah ler aku tak masuk lab, masuk lab pun lab komputer! Salah satu kerja ngan Prof. Imad adalah kena masuk lab! Memang jumpa rimau la ni. Setelah panjang lebar berbincang dalam 'Bahasa Manglishrab' (bahasa aku sendirik - campur2 3 bahasa (BM + BI + Arab)), aku diterima jadik Pembantu Penyelidik (RA) kontrak 1 tahun. Sekarang tengah tunggu surat tawaran. Tunggu masa je ni.

Jadiknya, korunk jgn terkejut ar, kalau dah lama aku tak update blog ni. Tapi, time aku serabut ngan job2 ni, aku akan update blog ni. Apa pun yang telah berlaku, aku anggap semua ini adalah sesuatu yang ditakdirkan kepada aku dan aku anggap apa yang aku alami semua ini adalah salah satu proses belajar. Iaitu belajar bagi mendapatkan segantang beras!

2 ulasan:

mye berkata...

haha..
good luck!

master mazeen berkata...

gud luck la sgt...muntah dah nie...saya dah tarik diri jadik RA, atas beberapa faktor yang telah ditimbang tara kan...