MASALAH, satu perkataan yang betul-betul aku tak faham. Persoalan yang sentiasa muncul dalam benak fikiran aku adalah kenapa wujudnya perkataan MASALAH? Siapa yang mencipta perkataan ini. Sekarang menjadi masalah, kenapa aku tak faham dengan masalah aku ni. Entah ler, masalah memang sentiasa ada. Masalah... masalah ...masalah dan masalah...
Pada aku masalah memang banyak jenis, ada masalah yang boleh dikelasifikasikan sebagai kecil, sederhana, besar dan sangat besar. Masalah yang kecil adalah masalah yang boleh KIV. Masalah sederhana pulak adalah boleh KIV, tapi kena selesaikan jugak tapi kalau tak selesaikan, ia akan menjadi masalah peringkat besar. Manakala peringkat sangat besar adalah adalah melibatkan nyawa, harta, keluarga dan apa-apa yang berkaitan dengan fizikal.
Apabila timbulnya masalah, yang menjadi persoalan adalah, bagaimana nak menyelesaikan
Apa pun masalah yang dihadapi, perlu diingat adalah salah satu cara untuk menjadi matang dan adalah merupakan proses tumbesaran. Seharusnya, masalah yang dihadapi di selesaikan dengan hemah, sekiranya perlu luahan, tumpahkan kepada rakan baik atau sesiapa yang sangat rapat dan seseorang yang boleh berkongsi masalah. Lagi cantik sekiranya dia dapat memberikan pendapat. Lagi cun sekiranya dia dapat menyelesaikan masalah. Tapi, jangan sangat bergantung kepada penyelesaian yang diberikan kerana setiap masalah adalah berbeza kepada individu. Mungkin boleh dijadikan sebagai jalan/guide kepada penyelesaian masalah yang dihadapi.
Konklusinya adalah, masalah adalah tetap wujud bagi mematangkan diri tetapi setiap masalah yang dihadapi adalah berbeza dengan individu lain. Jadi bagi mematangkan diri, diri sendiri perlu mencari jalan penyelesaian tersendiri. Pandangan dan pendapat orang lain adalah perlu untuk dijadikan sebagai guide/panduan/jalan bagi menyelesaiakan masalah yang dihadapi.
Perlu diingatkan sebagai manusia yang tidak sempurna ini, jadilah telinga yang baik kepada rakan yang mempunyai masalah. Bagi aku, rakan yang mempunyai telinga yang baik adalah rakan yang terbaik dan sukar untuk dicari. Oleh itu, ingatlah apa yang akan anda laku kan kepada orang lain, insyaAllah suatu hari nanti ia akan menimpa diri. Jadi anda perlu letakkan apa yang berlaku kepada diri anda.
2 ulasan:
entry yg mnarik..
hehe
thanks...tgh berserabut ngan masalah..terkeluar lah entry ni...
Catat Ulasan