tag line

tag line

Isnin, 6 April 2009

MALAM PENGHARGAAN MATEMATIK 2009


4 April 2009 – Mahasiswa-mahasiswi Matematik dengan Ekonomi dan Matematik dengan Komputer Grafik telah menjalankan satu aktiviti yang dinamakan Malam Penghargaan Matematik 2009 yang berlangsung di salah sebuah hotel 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah iaitu Mercure Hotel. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan ALUMNI, Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah, Prof. Madya Dr. Jualang Azlan Gansau.

Antara jemputan yang hadir pada malam itu adalah;
Prof. Madya Dr. Ho Chong Mun, isteri dan anak-anak
Penyelaras Program Matematik dengan Ekonomi merangkap pegawai penyelaras Malam Penghargaan Matematik 2009.

Para pensyarah Matematik dengan Ekonomi dan Matematik dengan Komputer Grafik
1. Prof. Dr. Zainodin Hj Jubok dan isteri
2. Prof. Madya Dr. Rozaini
3. Miss Khadizah
4. Puan Darmesah dan anak-anak
5. Puan Noraini Abdullah dan anak
6. Puan Asdalifah dan suami
7. Cik Norlita Ismail
8. Cik Suriani Hassan
9. Mr. Victor

Tutor:
1. Miss Khuneswari
2. Mr. Sathissan

Objektif utama Malam Penghargaan Matematik 2009 adalah untuk meraikan para Mahasiswa/i kedua-dua bidang matematik yang berada pada tahun 3 dan tahun akhir dan juga cara kami mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada para pensyarah yang telah banyak mencurahkan bakti dan ilmu kepada kami.

Program Malam Penghargaan ini telah dirancang oleh saya, Tuan Mohd Nizam, Vivian, Mon, Lilian, Tina, Vin dan di sokong oleh mejoriti Mahasiswa/i ME dan MCG. Akhirnya wujudlah malam pengharagaan yang dinamakan MALAM PENGHARGAAN MATEMATIK 2009.

Jujurnya dalam diri saya, agak berpuas hati dengan akiviti yang dijalankan tetapi ada sedikit masalah PA sistem yang disediakan oleh pihak hotel. Biasalah untuk menjalankan sesuatu program dengan sempurna agak mustahil tapi kemungkinan tetap ada. Tetapi dengan kemudahan dan peralatan yang ada, kami menggunakan sebaik yang mungkin dan berusaha untuk menyempurnakan majlis sebaik yang mungkin.

Pelbagai anugerah yang telah disampaikan dan pelbagai cabutan bertuah telah diberikan. Aktiviti kemuncak, macam biasa pengumuman King, Queen, Prince dan juga Princess.

King : Prof. Dr. Zainodin Haji Jubok
Queen : Miss Khadizah
Prince : Lim
Princess : Madonna

Malam itu, macam biasa pihak pengurusan tidak berkesempatan untuk makan dengan semua pelajar sibuk mengambil gambar di belakang, kami pengerusi majlis membising di depan untuk menarik perhatian para pelajar.

Akhirnya, pada tempat-tempat tertentu sahaja kebanyakan pelajar ambil perhatian;
1. Cabutan bertuah 1
2. Bahagian formal (sebelum makan)
3. Persembahan ME dan MCG
4. Nyanyian Mr. Victor
5. Nyanyian khas Prof. Dr. Zainodin Haji Jubok
6. Pengumuman King, queen, prince dan princess pada malam itu.
7. Persembahan nyayian kumpulan Apple
8. Nyayian

Sebenarnya pada malam itu, semua mahasiswa/i diberi peluang untuk memberi ucapan sebagai tanda menghargai para pensyarah. Ramai yang beranikan diri tampil kehadapan, ada yang sampai menangis-nangis. Tetapi aku jujurnya tiada keberanian untuk tampil kehadapan dan memberi ucapan. Hanya tarian jari-jemari mampu aku luahkan sekarang;

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Prof. Zainodin kerana terima diri ini yang seadanya, sanggup ambik saya sebagai anak didik nya. Kerana prof jugak, saya mampu berdiri sampai sekarang. Miss Khadizah terima kasih atas segala, Miss banyak membantu saya semasa math 1 dan math lanjutan 2 sampaikan saya dapat rasakan math bukan lah susah sangat cuma perlukan kreativiti otak dan banyakkan latihan. Puan Noraini yang banyak bagi nasihat dan banyak membantu saya hingga saya boleh dikatakan berani untuk menghadap hidup masa hadapan. Kepada semua lecterer yang telah mengajar saya, saya rasa hanya tuhan sahaja mampu membalas jasa baik kalian semua. Semoga rezeki dan hidup kalian semua dirahmati dan diberkati yang Maha Esa. Ameen..."

2 ulasan:

Mohd Zulhusmi Salikin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mohd Zulhusmi Salikin berkata...

Salam
Nizam teruskan perjuangan!