tag line

tag line

Isnin, 13 April 2009

Hari kedua di perpustakaan...

Hari ini merupakan hari yang kedua aku di perpustakaan UMS. Memang tak sangka dah dua hari berturut-turut aku kat library, objektif utama adalah siapkan assignment permodelan. Yang aku paling sakit hati macamne nak buat transformation. Dah banyak cubaan telah di buat. Tapi aku masih tak berputus asa. Aku mesti boleh. Vivian, Lilian, Mon dan geng diorang dapat, mana mungkin aku tak dapat. This is how i learn new thing. AKU BOLEH!!

Aku ada beberapa hari lagi untuk final exam, tapi aku masih belum bersedia. Belum study sepenuhnya. Sebab utamanya aku nak siapkan assignment yang tertinggal. Aku masih ada 10 assignment yang perlu disiapkan sebelum 23 April 2009 sebelum 1700 hrs. Memang dah terlebih presure dah ni. Aku kenal ramai senior lepas dan aku kadang-kadang contect diorang dan bertanya macamne kerja diorang dan banyak lagi. Memang diorang cakap apa yang kat UMS adalah kecik je, nanti kerja berjuta-juta tekanan yang lebih berat perlu aku lalui.

So sekarang kerja aku adalah how i want to manage my preasure yang nanti tidak memakan diri. Akak aku kadang-kadang bercerita pasal patient dia masa dia kat mental department. Dia cakap kebanyakan warga yang berada di situ adalah manusia yang tidak pandai manage tekanan sehingga di hantar ke tempat macam tu. Mintak-mintak jauh la.

Cara aku adalah, banyakkan solat sunat, banyakkan baca Al-Quran, banyakkan berdoa semoga apa yang dilalui dan bakal dilalui dapat di tempuhi dengan tenang. Tu adalah basic thing sebagai umat islam bagaimana nak uruskan tekanan. Kadang-kadang aku bercerita, berbual-bual dengan rakan sebilik dan yang paling banyak adalah tengok movie!! Maka, tekanan dapat dikurangkan. InsyaAllah. WISH ME BEST OF LUCK DAN DOAKAN DIRI INI SEMOGA SEGALA TEKANAN DAN SEMUA ASSIGNENT DAPAT DIBUAT DENGAN JAYANYA. Ameennn...

Tiada ulasan: