tag line

tag line

Isnin, 20 April 2009

2 hari lagi...

Assalamualaikum...

Akhirnya, kebanyakan assignment yang ada telah pun siap, tinggal nak kumpulkan dalam satu group kemudian burn dalam cd. Then hantar. YAHOO....Tapi untuk part aku belum betol-betol siap. Aku perlu susun betul-betul supaya prof baca nanti takde lah pening. Tapi yang penting all point yang aku nak letak telah pun ada dan telah pun siap sepenuhnya. Alhamdulullah..


Sekarang tinggal FINAL EXAM. Tinggal beberapa hari lagi aku bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Cepat betul masa berlalu, aku baru nak mula sentuh buku. Tapi apa yang merisaukan aku adalah samada aku dapat jawab exam dengan baik ke tak? Hari khamis ni baru 1st paper aku. Boleh ke? Harap-harap boleh lah. Ameeeeeennnn...

Ahad, 19 April 2009

KECEWA!!!!

Sungguh aku kecewa hari ini. Kenapa boleh jadi macam ini. Semalam di suruh run yang inverse. Aku pulak nampak pelik sebab statement yang dikeluarkan adalah bertentangan dengan apa yang dipaparkan. Sedikit arguing mengenai kepelikan explanation.

Pagi 20 April 2009, aku dengan semangat dan penuh iltizam nak siapkan final assignment untuk aku penuhi tanggungjawab pada paper lain. 8.32 pagi, aku berjaya menjejakkan kaki di perpustakaan Universiti Malaysia Sabah. Aku kemas-kemas tempat duduk dan dengan penuh semangat nak siapkan tugasan yang final. Bila bukak email, terpampang re:X2, cakap silap tengok. ARKH!!!!!!Tesion. Aku dah nak siap dah. Tinggal randomness test je. Sekarang aku kena run balik. Aku sedih!!!!


Ape pun aku kena terima qada' dan qadar. Mungkin ada baiknya yang bakal akan terjadi nanti. No one knows. Only god know everythings. K lah aku nak kena start balik pulak. Wish me best of luck!!

Khamis, 16 April 2009

Bila nak start study ni...

Ish!! lambatnya nak siap assignment ni. Tapi takpe tinggal 4 je lagi. Lepas tu siap. Tapi masalahnya, aku tak start study lagi. Bila nak start ulang kaji? Minggu depan dah start exam dah. Macamne ni? Doakan diri ini supaya siap dengan cepat.

Semalam aku baru dapat penyelesaian daripada assignment MR aku. Sebab semua transformation yang telah dijalankan masih lagi menunjukkan X2 aku masih lagi tak normal. X2 mewakili umur. Jadi sebagai konklusi, aku telah jadikan X2 sebagai dummy variable dengan 5 category. Tapi aku tak pasti samada berjaya atau pun tak. Sebab kebanyakan member-member aku, best modelnya ada excluded variable. Hari ini insyaAllah semua berjaya. Target aku esok setel MR. Aku tak mau sentuh dah MR (kecuali tesis aku). Wish me best of luck!!

Selasa, 14 April 2009

Assignment lagi...


Biasalah, ini baru lah dinamakan pelajar universiti. Tak abes-abes dengan assignment. Assignment adalah cara lecturer membantu pelajarnya untuk lebih memahami subjek yang diajar. Itu yang sepetutnya keluar dan harus aku fikirkan. Maka buat lah assignment tanpa merungut OK!! GAMBATE!!

Isnin, 13 April 2009

Hari kedua di perpustakaan...

Hari ini merupakan hari yang kedua aku di perpustakaan UMS. Memang tak sangka dah dua hari berturut-turut aku kat library, objektif utama adalah siapkan assignment permodelan. Yang aku paling sakit hati macamne nak buat transformation. Dah banyak cubaan telah di buat. Tapi aku masih tak berputus asa. Aku mesti boleh. Vivian, Lilian, Mon dan geng diorang dapat, mana mungkin aku tak dapat. This is how i learn new thing. AKU BOLEH!!

Aku ada beberapa hari lagi untuk final exam, tapi aku masih belum bersedia. Belum study sepenuhnya. Sebab utamanya aku nak siapkan assignment yang tertinggal. Aku masih ada 10 assignment yang perlu disiapkan sebelum 23 April 2009 sebelum 1700 hrs. Memang dah terlebih presure dah ni. Aku kenal ramai senior lepas dan aku kadang-kadang contect diorang dan bertanya macamne kerja diorang dan banyak lagi. Memang diorang cakap apa yang kat UMS adalah kecik je, nanti kerja berjuta-juta tekanan yang lebih berat perlu aku lalui.

So sekarang kerja aku adalah how i want to manage my preasure yang nanti tidak memakan diri. Akak aku kadang-kadang bercerita pasal patient dia masa dia kat mental department. Dia cakap kebanyakan warga yang berada di situ adalah manusia yang tidak pandai manage tekanan sehingga di hantar ke tempat macam tu. Mintak-mintak jauh la.

Cara aku adalah, banyakkan solat sunat, banyakkan baca Al-Quran, banyakkan berdoa semoga apa yang dilalui dan bakal dilalui dapat di tempuhi dengan tenang. Tu adalah basic thing sebagai umat islam bagaimana nak uruskan tekanan. Kadang-kadang aku bercerita, berbual-bual dengan rakan sebilik dan yang paling banyak adalah tengok movie!! Maka, tekanan dapat dikurangkan. InsyaAllah. WISH ME BEST OF LUCK DAN DOAKAN DIRI INI SEMOGA SEGALA TEKANAN DAN SEMUA ASSIGNENT DAPAT DIBUAT DENGAN JAYANYA. Ameennn...

Ahad, 12 April 2009

Ape yang dah berlaku?

Assalamualaikum.....

Minggu ini adalah minggu untuk study. Ini bermaksud, aku dan geng yang lain diberi masa untuk study dan ulangkaji sepuas-puasnya sebelum menghadapi exam yang bakal di tempuhi beberapa hari lagi. Tapi apa yang berlaku kepada diri ini adalah, 3 hari berturut-turut aku hanya menyentuh dan mentelaah buku hanya beberapa minit, malah maximum hanya 60 minit!! 1 jam sahaja. Aku tak tau. Mungkin mood exam aku ada lagi. Hari ini, aku datang library untuk cari mood dengan lihat orang study, then maybe akan push myself untuk study. Biasalah manusia, kalau tiada preasure, tak jadi kerja. Tapi kehadiran aku di library hari ni agak mengejutkan kerana bila sahaja aku menjejak kaki aku di dalam library, hanya beberapa kerat manusia sahaja. Anyway, best of luck to myself. I can do it. I will try myself to achieve my objective. GOOD LUCK!!

Rabu, 8 April 2009

Jadual final exam sem 6...

23 April 2009
Khamis
0900 - 1200
Sains Keputusan (SM30603)
BK2 (SST)
Prof. Dr. Amran Ahmed dan Puan Noraini Abdullah

23 April 2009
Khamis
1400 - 1700
Perhitungan Berangka (SM20403)
BK 2 dan BK 3 (SST)
Prof. Madya Dr. Jumat Sulaiman

28 April 2009
Selasa
1400 - 1700
Matematik Lanjutan II (SM30803)
BK 2 (SST)
Cik Khadizah Ghazali

30 April 2009
Khamis
0900 - 1200
Pemodelan Matematik (SM31003)
BK 2 dan BK3 (SST)
Cik Norlita Ismail dan Prof. Dr. Zainodin Hj Jubok

30 April 2009
Khamis
1400 - 1700
Analisis Statistik (SM20603)
DKP A2
Puan Darmesah Gabda

4 Mei 2009
Isnin
0900 - 1200
Penyelidikan Operasi (SM21003)
DKP A1
Puan Asdalifah Talibe

MPM '09 in memory....

Prof. Dr. Zainodin dan aku

MC: me and Laura

Kak Diana dan aku


Matematik dengan Ekonomi
+
Matematik dengan Komputer Grafik
Princess+Prince+Dr. Jualang+ Queen+King
of the night

Isnin, 6 April 2009

MALAM PENGHARGAAN MATEMATIK 2009


4 April 2009 – Mahasiswa-mahasiswi Matematik dengan Ekonomi dan Matematik dengan Komputer Grafik telah menjalankan satu aktiviti yang dinamakan Malam Penghargaan Matematik 2009 yang berlangsung di salah sebuah hotel 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah iaitu Mercure Hotel. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan ALUMNI, Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah, Prof. Madya Dr. Jualang Azlan Gansau.

Antara jemputan yang hadir pada malam itu adalah;
Prof. Madya Dr. Ho Chong Mun, isteri dan anak-anak
Penyelaras Program Matematik dengan Ekonomi merangkap pegawai penyelaras Malam Penghargaan Matematik 2009.

Para pensyarah Matematik dengan Ekonomi dan Matematik dengan Komputer Grafik
1. Prof. Dr. Zainodin Hj Jubok dan isteri
2. Prof. Madya Dr. Rozaini
3. Miss Khadizah
4. Puan Darmesah dan anak-anak
5. Puan Noraini Abdullah dan anak
6. Puan Asdalifah dan suami
7. Cik Norlita Ismail
8. Cik Suriani Hassan
9. Mr. Victor

Tutor:
1. Miss Khuneswari
2. Mr. Sathissan

Objektif utama Malam Penghargaan Matematik 2009 adalah untuk meraikan para Mahasiswa/i kedua-dua bidang matematik yang berada pada tahun 3 dan tahun akhir dan juga cara kami mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada para pensyarah yang telah banyak mencurahkan bakti dan ilmu kepada kami.

Program Malam Penghargaan ini telah dirancang oleh saya, Tuan Mohd Nizam, Vivian, Mon, Lilian, Tina, Vin dan di sokong oleh mejoriti Mahasiswa/i ME dan MCG. Akhirnya wujudlah malam pengharagaan yang dinamakan MALAM PENGHARGAAN MATEMATIK 2009.

Jujurnya dalam diri saya, agak berpuas hati dengan akiviti yang dijalankan tetapi ada sedikit masalah PA sistem yang disediakan oleh pihak hotel. Biasalah untuk menjalankan sesuatu program dengan sempurna agak mustahil tapi kemungkinan tetap ada. Tetapi dengan kemudahan dan peralatan yang ada, kami menggunakan sebaik yang mungkin dan berusaha untuk menyempurnakan majlis sebaik yang mungkin.

Pelbagai anugerah yang telah disampaikan dan pelbagai cabutan bertuah telah diberikan. Aktiviti kemuncak, macam biasa pengumuman King, Queen, Prince dan juga Princess.

King : Prof. Dr. Zainodin Haji Jubok
Queen : Miss Khadizah
Prince : Lim
Princess : Madonna

Malam itu, macam biasa pihak pengurusan tidak berkesempatan untuk makan dengan semua pelajar sibuk mengambil gambar di belakang, kami pengerusi majlis membising di depan untuk menarik perhatian para pelajar.

Akhirnya, pada tempat-tempat tertentu sahaja kebanyakan pelajar ambil perhatian;
1. Cabutan bertuah 1
2. Bahagian formal (sebelum makan)
3. Persembahan ME dan MCG
4. Nyanyian Mr. Victor
5. Nyanyian khas Prof. Dr. Zainodin Haji Jubok
6. Pengumuman King, queen, prince dan princess pada malam itu.
7. Persembahan nyayian kumpulan Apple
8. Nyayian

Sebenarnya pada malam itu, semua mahasiswa/i diberi peluang untuk memberi ucapan sebagai tanda menghargai para pensyarah. Ramai yang beranikan diri tampil kehadapan, ada yang sampai menangis-nangis. Tetapi aku jujurnya tiada keberanian untuk tampil kehadapan dan memberi ucapan. Hanya tarian jari-jemari mampu aku luahkan sekarang;

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Prof. Zainodin kerana terima diri ini yang seadanya, sanggup ambik saya sebagai anak didik nya. Kerana prof jugak, saya mampu berdiri sampai sekarang. Miss Khadizah terima kasih atas segala, Miss banyak membantu saya semasa math 1 dan math lanjutan 2 sampaikan saya dapat rasakan math bukan lah susah sangat cuma perlukan kreativiti otak dan banyakkan latihan. Puan Noraini yang banyak bagi nasihat dan banyak membantu saya hingga saya boleh dikatakan berani untuk menghadap hidup masa hadapan. Kepada semua lecterer yang telah mengajar saya, saya rasa hanya tuhan sahaja mampu membalas jasa baik kalian semua. Semoga rezeki dan hidup kalian semua dirahmati dan diberkati yang Maha Esa. Ameen..."