tag line

tag line

Rabu, 31 Disember 2008

Selamat tinggal...

Assalamualaikum....

Sedar tak sedar kita sudah hampir melangkah kehadapan. Ini bermaksud umur meningkat,
tahun turut meningkat. Sebagaimana yang kita sedari dan ketahui, hari ini, 31 Disember 2008 adalah merupakan hari yang terakhir untuk tahun 2008. Tidak ketinggalan kepada tahun hijrah. Hari ini tepat 2 Muharam 1430H. Masih tidak terlambat rasanya penulis untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009. Ini merupakan pengisian yang terakhir penulis pada tahun 2008. Biarlah tahun 2008 berlalu dengan penuh terjadinya pelbagai sejarah dan yang baik dijadikan pedoman dan yang buruk dijadikan sempadan dan seterusnya sebagai pengajaran di masa hadapan.

Pada detik yang terakhir pada tahun yang bersejarah ini, penulis memohon maaf sekiranya ada perbuatan penulis yang menyinggung perasaan sahabat-sahabat penulis. Kepada pembaca, penulis memohon maaf sekiranya pembaca tidak puas hati setelah membaca blog penulis yang serba kekurangan. InsyaAllah dengan teguran sahabat-sahabat dan pembaca sekalian, penulis akan memperbaiki penulisan penulis ini. Yang baik datangnya dari Yang Berkuasa dan Yang Maha Esa dan yang buruk tu datang nya dari kelemahan diri saya sendiri yang perlukan teguran daripada para sahabat sekalian.

SELAMAT TINGGAL 1429H DAN 2008!!

Selasa, 30 Disember 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009!!


Pixel Code Graphics

SALAM MAAL HIJRAH 1430H

Dapatkan TestiHijrah Di Sini

Maaf....

Assalamualaikum....

Kadang-kadang manusia ada juga buat salah dan silap. Manusia mana yang sempurna tiada manusia yang sempurna. Hanya tuhan yang sempurna. Kadang-kadang juga kita tidak sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan. Benar lah kata Datuk Dr. Fadilah Kamsah, sebelum tidur atau lelapkan mata, kita mesti ingat balik apa yang telah kita buat setiap detik pada hari tersebut. Sekiranya kita ada buat silap, segerakan untuk meminta maaf.


Kalau boleh SMS terus untuk meminta maaf dan sekiranya masih awal, telefon sendiri dan minta maaf. Sekiranya orang buat silap terhadap kita samada buat kita sakit hati, nak marah dan sebagainya. Segerakan maafkan orang tersebut. Tak salah kita maafkan orang lain dan itu adalah tuntutan Nabi Muhammad terhadap ummatnya. Sedangkan nabi iaitu kekasih Allah dan tambahan Allah jamin Nabi Muhammad masuk syurga mampu pergi ziarah musuhnya yang telah mencaci, menghina dan dibuang najis pada nya. Tak malu kah kita? Kita tidak tahu tarikh dan hari yang bakal kita terus melihat dunia. Mungkin malam yang kita tidur itu adalah hari terakhir kita untuk tidur di katil yang empuk dan selesa itu.



Maka, sebaiknya maafkan sesiapa pun dan mohon maaf segera sebelum terlambat. Wassalam...

Jumaat, 12 Disember 2008

Jangan duk mengata orang.

Assalamualaikum…

Beberapa hari yang lepas, kita umat islam khasnya telah menyambut hari raya korban atau hari raya aidil adha yang setahun sekali disambut oleh umat islam. Tetapi yang kelakarnya, ada kisah disebalik aku beraya di kampung halaman. Seorang sahabat yang aku sangat rapat punya lah mengutuk sedaranya macam ni lah macam tu lah. Pada hal dia tidak sedar akan perangai buruknya yang seakan-akan apa yang dikatakan dan dikutukkan kepada saudaranya. Aku mengambil langkah berjauhan (lari dari tempat) atau berdiam diri apabila dia mula mengutuk orang.

Memang benarlah kata orang jangan mengata orang buruk-buruk, nanti menimpa di kepala sendiri. Dia cakap saudaranya tu tak suka bercampur ngan saudara yang lain, tapi dia pun sama, alasannya MALU!! Dia tak sedar ke apa saudara nya pun mungkin sama malu jugak. Kalau tak silap saya, ayat Al-Quran atau Hadis atau pujangga, saya tak pasti, yang mengatakan lebih kurang, tapi tak tepat lah. Hidup ni bagaikan roda, kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada dibawah.

Samalah dengan hidup kita, kadang-kadang kita dipuja-puja orang tapi kadang-kadang kita dikutuk orang. Kita belajar dari kesilapan kata seorang pujangga, tapi kita sebagai manusia atau umat islam yang ingin berdaya saing, kita mestilah belajar dari kesilapan diri DAN juga diri orang lain. Belajar dari kesilapan itu bukan sekadar kita sendiri mengalaminya, tetapi daripada pemerhatian. Ini lah masanya kita warga ahli sains menggunakan segala kemahiran yang di ajar semasa sekolah dulu.

Kadang-kadang memang patut kita contohi Rasulullah yang lebih suka diam daripada berbicara. Tetapi pada zaman sekarang manusia mana yang boleh diam, nanti orang mengata kita ni sombong. Bukan nak ambik tau sangat apa yang orang nak mengata di belakang kita, tetapi saya sebagai hamba Allah yang masih lemah dan sangat memerlukan yang maha Esa, kita tidak mahu menambah dosa sahabat seislam kita dan diri kita jugak. Sebagai inisiatif yang lebih baik, kita mestilah berada di bawah.

Biarlah apa orang nak kata kita ni teruk sangat, tetapi pada hakikatnya, ia mengajar kita supaya lebih rendah diri, bertolak ansur dan sebagainya. Pendek kata lebih banyak baik daripada buruk. Maka, biarlah lah sahabat kita berada diatas biarlah kita berada dibawah sekali. Biarlah dia terus terbang selagi tidak mengganggu hidup kita, tidak menjatuhkan Agama kita dan keluarga kita.
Aku bukan bertujuan untuk mengutuk sesiapa atau menyatakan aku seorang yang hebat, tetapi sekadar peringatan kepada saudara seislam. Memang itu lah yang dikehendaki oleh islam, saling ingat mengingat.

Sabtu, 6 Disember 2008

Tesis oh tesis part 2


Projek 1 dah setel dah. Skrang dah nak start projek 2. Malasnya aku nak start. Tapi ye tak ye kena jugak kan?Best kan kalau cuti tu betul-betul cuti, tapi sekarang aku kena run data. Untuk pengetahuan rakan sekalian, aku baru run data hanya 26 model baru. Biasalah kan, cuti namanya. That's y lambat sikit, banyak rehat sikit.heheh.

Projek 2 ada tiga bab, data description, discussion dan conclusion. Tapi malangnya satu bab pun aku tak buat lagi.haha. Esok dah nak raya dah. Pepehal, Selamat Hari Raya Aidil Adha. Kejap lagi aku dah nak hantar brodband Hafiz dah. Nanti lah pulak aku up date my blog. Tq 4 all member yang baca blog aku. Selalu lah baca ye. Doakan aku supaya aku berjaya siapkan tesis dengan berjaya.

JEMBAL dalam lipatan sejarah bahagian 3


Pemerintahan Raja Abdul Rahim
•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim
•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar
•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri;
-Raja Kecil Sulong
-Raja Pah, Raja Sakti III
-Raja Ngah
-Raja Nah

Kedatangan Anak Raja Pattani
•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;
~ Tuan Sulong (Long Sulong)
~ Tuan Senik (Long Senik)
~ Tuan Besar (Long Bahar)
•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat
•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong
•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah
•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.

Jembal Hari Ini
•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini.
Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal
•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.

Kota Jembal kota bersejarah,
Nama terkenal zaman berzaman,
Putera Puteri Jembal harus bermegah,
Dapat berhimpun untuk berkenalan.

Puteri Saadong cantik rupawan,
Jadi sebutan desa dan kota,
Setelah semua berkenal-kenalan,
Eratkan silaturrahim antara kita.

Jumaat, 5 Disember 2008

Trip Kudat....


Pada 23 November 2008, aku bersama 3 rakan yang lain pergi ke Simpang Mengayau. Simpang Mengayau juga dikenali sebagai Tip Of Borneo kerana terletak pada hujung kepulauan Borneo. Perjalanan bermula tepat 9 pagi dengan kereta Diana. Aku macam biasa jadi driver untuk diorang. Selain Diana, Arif dan Faizal juga turut menyertai kembara ini. Perjalanan dijangkakan mengambil masa selama 2 jam 30 minit.


Dalam perjalanan yang cukup panas cuacanya, kami bercadang untuk singgah ke tamu yang terletak di Kota Belud. Kota Belud bukan di ambil disebabkan oleh banyak belud disana, tetapi diambil dari salah satu bahasa etnik sabah. Kota ialah 'Kota' dan Belud membawa maksud 'bukit-bukau'. Maka Kota Belud Bermaksud Kota yang berada di kawasan berbukit. Memang benar, kerana apabila penulis sampai di kawasan sana, memang kawasan yang berbukit-bukau. Dalam tamu yang dibuka pada hari Ahad sahaja itu terlalu banyak barang yang dijual, bukan setakat yang basah, malah yang kering seperti barangan kristal, tikar rotan dan sebagainya. Yang paling popular disini adalah pisau atau parang Kota Belud. Pelbagai jenis dan rekaan pada sarung parang itu, semua cantik-cantik. Tak ketinggalan pedang pun ada!


Setelah itu kami solat jamak di Masjid Jamik berdekat dengan Tamu Ahad itu. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami. Kami berhenti di satu gerai yang terletak di tepi jalan. Di sepanjang perjalanan kami, banyak gerai dibuka menjual jagung bakar, bukan jagung biasa, tapi jagung pulut!


Rasanya agak sedap. Sedikit rasa berlemak, macam makan pulut. Faizal belanja kami buah rambutan dan aku belanja diorang makan pisang. Kemudian kami singgah di Kampung Madu Gombizau. Disana ternakan lebah dijalankan. Kawasannya sangat luas berpuluh-puluh ekar luasnya. Kami hanya dibenarkan untuk melihat di depan sahaja. Waktu sekarang adalah bukan musim bunga, jadi madu tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa. Rugi rasanya.


Kami meneruskan perjalanan kami dan kami singgah di Rumah Panjang Rungus. Tidak jauh daripada Kampung Madu Gombizau. Kami masuk disana, ramai mak cik dan pak cik sibuk membuat barangan kraftangan untuk dijadikan sebagai mata pencarian mereka. Kami dierkenalkan oleh salah seorang pak cik yang berada disana dengan satu permainan yang saya sendiri tidak tau main dan tidak tahu apa namanya. Yang mengejutkan apabila mereka menyatakan, sekiranya permainan itu berjaya diungkai, maka dia layak untuk berkahwin! Maksud di sebalik daripada permainan ini adalah, bila permainan itu berjaya diungkai, bermaksud, seseorang itu sudah pandai untuk mencari rezeki untuk menampung isterinya!

Perjalanan diteruskan apabila lambaian perpisahan pada pak cik dan mak cik di Rumah Panjang Rungus. Disana juga turut menyediakan penginapan bagi mereka ingin merasakan keadaan bermalam di sana. Bayaran untuk penginapan juga tidak lah mahal, agak berpatutan.

Kini tiba destinasi yang utama iaitu Simpang Mengayau. Perjalanan untuk masuk kesana agak sukar sedikit kerana dalam proses untuk mengtarkan. Jalan nya tidak bertar tetapi masih ditimbun dengan batu seolah-olah bila-bila masa sahaja untuk mentarkan jalan raya. Bergegar otak kami! Gegaran terubat apabila melihat begitu cantik dan indahnya disana, tenang dan lapang sahaja. Sesuai dengan masa kami kesana. Hilang segala serabut di dalam hati selepas menduduki peperiksaan akhir semester.

Jam menunjukkan tepat 5 petang, kami sedar ketidak cukupan masa kami. Maka kami berangkat pulang. Sebelum balik kami singgah ke pekan kudat, 20 minit dari lorong Simpang Mengayau. Plan asal nak makan di sana, tapi risaukan status halal disana, maka kami memutuskan untuk mengikat perut sehingga sampai Kota Kinabalu.


Malang tidak di duga, sepanjang perjalanan balik, kami di duga dan "diganggu" oleh tak tau samada manusia atau pun bukan. Tapi alhamduliAllah kami tidak di buat apa-apa yang teruk sekadar bergurau dengan kami sahaja. Sampai di KK, kami ke Masjid Bandaraya untuk menunaikan solat. Kemudian ke Tanjung Lipat untuk meguraikan ikatan pada perut kami. Kami gembira dengan perjalanan yang di lalui oleh kami sepanjang hari. Mega perjalanan yang lain nanti akan berjalan dengan selamat. Nantikan percutian yang best lain kali dan lain hari. Hidup mesti Happy dan bak kata puteri " hidup mesti enjoy!!"......

JEMBAL dalam lipatan sejarah bahagian 2

Asal-usul Kerajaan Jembal
•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.

Pertabalan Raja Sakti
•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;
~ Raja Adiluddin (Raja Loyar)
~ Raja Bahar (Raja Udang)
~ Raja Omar (Raja Ekok)
~ Raja Sungai
~ Puteri Sayu Bari
~ Puteri Unang Melor
~ Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar
•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya
.•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, buluroma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang
•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah
•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota sekarang).
•Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal disana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.

Peperangan Dengan Angkatan Siam
•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar
•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang
•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

{bersambung........}

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Assalamualaikum....

Lama sudah penulis nak menggoreng dalam blog penulis ni. Tapi tak berkesempatan nak update blog ni. Ini adalah kerana penulis tidak berkesempatan untuk menggunakan kemudahan internet. Di rumah penulis tiada kemudahan itu. Ini pun dapat pinjam broadband rakan penulis sekejap. Sedikit lambat, mungkin ekoran daripada cuaca yang tidak mengizinkan. Apapun terima kasih kepada Hafiz bagi pinjam dan juga membaca blog ku ini.

Di kesempatan yang ada, penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat islam umumnya dan kepada pembaca dan rakan-rakan sekalian khasnya. Hijrah lah rakan-rakan sekalian kearah lebih baik. Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Walaupun ia mudah diungkap dengan kata-kata, tetapi cubaan dan usaha mestilah serentak. Wassalam.....