tag line

tag line

Khamis, 25 September 2008

Akhirnya bulan jatuh ke riba...

Assalamualaikum...

Hari ini penulis sangat-sangat gembira. Kita bakal menyambut hari raya aidilfitri lebih kurang 5 hari lagi. Manusia yang bernama insan mana yang tidak gembira kiranya berjumpa dengan keluarga yang tercinta. Tajuk penulis adalah agak melampau tapi itu adalah kenyataan bagi penulis. Penulis sudah tidak sabar-sabar nak peluk umi dan abah penulis dan juga jumpa dengan keluarga yang penulis cintai.

Hari ini sudah mencecah 25 September 2008. Hari yang agak bersejarah pada tahun 2008. Kerana penulis akan balik ke kampung berjumpa dengan keluarga yang penulis rinduikan. Penulis adalah salah seorang mahasiswa yang terawal balik. Tetapi ada yang lebih awal daripada penulis, bukan awal 1 atau 2 hari, tetapi seminggu awal daripada penulis. tiada masalah as long as dia happy.

Penulis bertolak dari Kolej Kediaman Indah Permai jam 5.30 pagi. Salah seorang kawan penulis ambil penulis di kolej penulis. Kemudian penulis bertukar kenderaan di kolej AB untuk terus ke terminal 2 KK. Penulis tiba di terminal 2 KK dalam jam 6.15 pagi. tiba sahaja penulis di sana, penulis dan rakan penulis terus check-in. Dalam hati penulis dah tak sabar-sabar nak tidur di rumah penulis. Penerbangan penulis pada jam 7.25 pagi dan dijangkakan sampai jam 10 pagi.

Alhamdulillah penerbangan kami tidak tertunda walaupun beberapa minit. Penerbangan kami dijangkakan 2 jam 35 minit. Dalam kapal terbang penulis agak bosan, maka terus buka laptop tengok cerita. Tak sampai setengah jam tengok cerita, ngantuk pula. Penulis nak off laptop, tapi kawan penulis ingin terus menontonnya. penulis benarkan. Tapi malangnya penulis tidak dapat tidur, kawan penulis kacau. (jahat btol!!)

Jam tangan menunjukkan 9.50 pagi, tiba-tiba pramugari mengumumkan, penerbangan kami tiba lebih awal dan akan mendarat tidak lama lagi. Penulis terus kemas-kemas barang yang berada di atas kerusi sebelah penulis. Kebetulan sebelah penulis tiada orang.

Penerbangan penulis ke Kota Bharu jam 6.35 petang di KLIA. Penulis bakal naik MAS. Awal perancangan penulis ingin terus ke KLIA tapi fikir punya fikir tak best pulak kerana tiada teman untuk penulis di KLIA nanti. Maka penulis lepak bersama-sama kawan di LCCT sampai jam 3 petang. Kawan-kawan penulis balik Terengganu dengan menaiki kapal terbang AIRASIA pada jam 3.30 (penulis lupa lah-lebih kurang lah).

Maka bermula lah perjalan penulis ke KLIA berseorangan. Penulis menaiki bas dengan tambang RM 1.50 dari LCCT ke KLIA. Bas yang penulis naik mendaftarkan nama sebagai City Linear. dari LCCT ke KLIA lebih kurang 15-25 minit sahaja.


Tiba sahaja balai berlepas, penulis cari plug untuk menulis warkah ini. Penerbangan penulis dijangka dari KLIA ke Kota Bharu pada jam 6.35 petang. Bila dapat sahaja plug, penulis download tugasan dan nota kuliah ekonometrik.

Nanti penulis akan check in. Penulis sebenarnya tidak mahu memberi tahu keluarga bahawa penulis akan balik pada jam 6.35 petang tetapi atas desakan keluarga, penulis terpaksa memberi tahu juga. Mungkin tiada rezeki penulis ingin buat kejutan kepada keluarga penulis.

Penulis dijagka akan sampai jam 7.35 petang. Penulis tidak sabar nak jumpa keluarga. Sekarang penulis masih lagi berada di KLIA dan terus menulis warkah untuk dikongsi bersama dengan pembaca sekalian.

Sekarang dah jam 4.45 petang, nampak nya penulis mestilah check in supaya tidak terlepas penerbangan. Akhir kalam penulis ingin memohon maaf zahir dan batin kiranya ada tersalah kata dan perbuatan yang penulis telah lakukan. Penulis doakan kebahagian pembaca sekalian insyaAllah. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!!

Jumaat, 19 September 2008

Welcome.......

Assalamualaikum....

Lama sudah penulis tidak mencoret kata-kata dalam blog yang penulis cipta ini. penulis dah tak sabar-sabar nak meluahkan kata-kata yang ada. Untuk pengetahuan umum, blog penulis ini direka khas supaya penulis dan pembaca sekalian dapat memberi pendapat, meluahkan, menceritakan dan sebagainya apa sahaja. Ada kawan penulis wujudkan blog supaya dapat dia glamour. Dia sengaja mewujudkan kontroversi dan sentiasa kontrast dengan orang lain. maka berlakulah pertikaman blog. Bagi pendapat penulis, memang tak salah buat benda-benda macam tu tetapi banyak kesan buruk yang harus mereka tanggung. Biarkan mereka dengan cara mereka. Yang penting penulis tahu apa yang akan berlaku.

Dah habis bab penulis memberi pendapat. Sekarang penulis nak menjemput sahabat-sahabat penulis memeriahkan hari raya ke-3 penulis. Penulis sangat mengalu-alukan kedatangan sahabat sekalian datang ke rumah penulis. Nak tahu ape yang akan berlaku?, datanglah yer. setakat ni raya ke-3 jatuh pada hari jumaat. Penulis harap sahabat sekalian dapat hadir.

Rabu, 10 September 2008

11 hari berpuasa...

assalamualaikum...

Kali ini penulis sekadar nak berkongsi cerita suka duka 11 hari berpuasa. Penulis sudah 3 tahun berpuasa tanpa keluarga yang tercinta di sisi, rasa macam banyak je kosong dalam hidup ini. Tapi sebagai memenuhi tuntutan agama dan juga demi keluarga, penulis tempuhinya dengan penuh reda dan pasrah.

Awal Ramadan, penulis dikejutkan dengan masalah kesihatan yang boleh di anggap agak teruk. Keadaan yang sangat teruk yang dimaksudkan oleh penulis ialah mata penulis sangat merah dan sangat gatal. Sudah dua kali penulis ke klinik tetapi ubat yang diberikan semakin teruk. Akhirnya 5 hari lepas penulis akhirnya memutuskan untuk merujuk ke Hospital Queen Elizabath (QEH). Disana pun beri ubat titis tetapi sekali titis terus sembuh. Tetapi agak sakit jugak lah. Hari ini, penulis baru dapat merasakan kehidupan yang benar-benar sihat. Alhamdulillah....

Setelah seminggu berpuasa pula, dua orang sahabat penulis bergaduh sampai sekarang tidak bercakap. Penulis agak risau dengan perkembangan yang berlaku kepada diorang. Masalahnya ego diorang meninggi langit, hingga niat penulis nak membantu terpaksa dibatalkan kerana ego dan prinsip yang entah apa di pegang oleh diorang berdua. Tetapi insyaAllah, penulis akan cuba satukan kembali. Mana manusia mahu melihat sahabat mereka bergaduh sampai begitu sekali. Jika sorang makan, sorang lagi duk dalam bilik. Adakah mereka lupa akan prinsip yang dibawa islam bahawa, semakin ramai bersahabat, maka pintu rezeki akan terbentang semakin luas dan jika hilangnya seorang sahabat makin tertutup pintu rezeki.

Tinggal beberapa hari lagi penulis akan pulang beraya di kampung berjumpa keluarga yang penulis cintai. Penulis masih ingat sewaktu hari raya pertama pada tahun lepas. Penulis menghadap kedua ibubapa penulis bersalam cium tangan mereka, cium pipi mereka dan memohon maaf kepada mereka. Penulis sangat rindu akan saat-saat macam tu.

Ini baru sahaja hampir 2 minggu berpuasa, tapi macam-macam hal yang berlaku, tapi penulis tidak mahu salahkan sesiapa. Mungkin ini adalah sekadar ujian yang diberikan kepada pencipta yang mahu penulis bersabar dan cuba membantu penulis menambah pahala. Akhir kalam selamat melakukan ibadah dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Wassalam....

Jumaat, 5 September 2008

Salam Ramadan....

Assalamualaikum...

Sekejap sahaja masa berlalu, pejam celik-pejam celik dah masuk bulan yang penuh diberkati oleh yang Maha Esa iaitu Bulan Ramadan. Sedar tak sedar dengan kesibukan penulis dengan tugasan dan tesis, sudah sampai bulan yang dinantikan oleh kebanyakan umat islam sekalian. Seperti semua ketahui, bulan Ramadan ini, kita akan berpuasa, bulan yang boleh dikatakan musim 'menuai'. Pada bulan ini, satu amalan yang kita lakukan, bergandalah pahala yang di kumpulkan.

Penulis sekadar ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN. Penulis berharap kepada pembaca semua lakukan banyak ibadat ketika Allah membuka pintu rezeki ini. Penulis juga berharap pembaca sekalian supaya belajar supaya melawan nafsu kerana pada bulan yang mulia ini, Allah telah merantai semua syaitan yang ada supaya tidak mengganggu pemimpin dunia yang bergelar manusia untuk melakukan amal ibadat kepada yang Maha Esa.

Akhir kalam, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN.

Khamis, 4 September 2008

Tahun 3 yang penat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ini hari jumaat dalam bulan Ramadan. Maksudnya, kita berada di raja segala bulan dan secara tidak langsung raja segala hari. Hari ini, penulis mengambil kesempatan ini untuk menukilkan sedikit di dalam blog ini. Tujuan nukilan pada kali ini, adalah nak berkongsi bersama pembaca sekalian bagaimana penatnya menjadi pelajar universiti untuk mendapatkan segulung ijazah. Memang bukan senang.
Semester-semester yang lepas, ramai senior yang nasihatkan penulis supaya kalau boleh kurangkan jam kredit untuk tahun 3. Tetapi penulis yang kononnya suka akan kesibukan. Tidak disangka-sangkakan bahawa kesibukan yang dimaksudkan oleh senior itu adalah sangat-sangat-sangat sibuk. Kalau diwujudkan level atau kalau boleh dirankingkan daripada 5, penulis sekarang berada di level yang ke 6. Maksudnya memang sangat penat. Sekarang penulis ambil enam subjek dan ke enam-enam subjek bertindak dengan cara yang memberikan tugasan yang sangat banyak.
Belum sempat penulis siapkan tugasan, tugasan yang lain pula diberikan. Kadang-kadang penulis hantar satu tugasan, sampai pula tiga tugasan yang baru. Hingga wujudnya persoalan dalam minda penulis, adakah pensyarah tidak mahu pelajarnya diberi masa untuk istirehat? tidak berperikemanusiaankah pensyarah sekarang?. Tapi ada juga pensyarah yang bertindak sedemikian dengan memberikan lebih 3 tugasan dari bab yang sama, itu yang menyebabkan penulis sukakannya. Maksudnya kita akan faham dengan jelas subjek yang diajarnya.
Apa pun sebagai seorang pelajar yang inginkan ilmu dari seorang pensyarah atau digelar sebagai sebatang lilin, penulis reda dan pasrah dan menganggap pensyarah itu mempunyai agenda yang tersendiri untuk pelajarnya. Manakan guru atau cikgu mahu melihat kehancuran pelajarnya. Mereka semua lakukan demi kebaikan pelajarnya. Cuma pelajar itu sendiri tidak faham akan agenda yang dibawakan oleh pensyarah mereka. Akhir kata, "KUATKAN SEMANGATMU DEMI ALLAH, AGAMAMU, KELUARGA MU DAN TERUTAMA DIRI MU SENDIRI!!"