Assalamualaikum,
Perkembangan dunia pada hari ini adalah selari
dengan perkembangan generasi manusia yang tumbuh bagai cendawan. Sama ada
secara reda, kemahuan, kehendak atau secara paksa ia pasti berkembang dan
memenuhi dunia ini. Kalau secara paksa atau rela pastinya akan menyusahkan dan
menghuru-harakan individu tersebut atau generasi seterusnya. Kesannya manusia
semakin dan bertambah kejam dengan berlakunya pembunuhan kononnya untuk
kesejahteraan ‘generasi’ seterusnya.
Sudah pasti insan ini tidak mahu tergolong dalam
kalangan ‘pembunuh’ kerana insan ini mempunyai Islam sebagai agama yang menjaga
gender yang kontra dengan insan ini. Namun dalam sudut hati insan ini, ada
kemahuan untuk menambah generasi seterusnya secara reda dan mendapat pahala.
Walau pun jiwa ini telah dimiliki dan telah dengan relanya menyerahkan kepada
gender yang kontra yang memahami apa yang terbuku dan terkandung di dalam atau
pun yang terpampang secara fizikal. Tapi perasaan dan hasarat ini terpaksa
dipendam dan ditanam sedalam-dalamnya demi mendapatkan keredaan dan pahala yang
berganda kerana destinasi akhir semua hamba Nya adalah akhirat yang bekalnya
hanyalah pahala. Sakit dan pedih hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha
Memahami.
Dalam keadaan itu, beberapa perkataan telah
dikeluarkan bagi mendapatkan restu namun ditentang dek kerana keberadaan gender
tersebut. Insan ini terfikir juga apakah makna ini? Adakah keberadaan gender
yang berbeza itu mempengaruhi seluruh keadaan dan situasi kehidupan insan ini
sehingga boleh mengganggu gugat tanggungjawab insan ini kepada pengeluarnya?
Jauh disudut hati, insan ini sangat memerlukan
gender yang bertentangan bagi melengkapkan kehidupan serta bagi memenuhi
perasaan yang dinamakan cinta dan sayang kerana setiap makhluk dimuka bumi ini.
Setiap orang pasti memerlukan perasaan itu bagi melengkapkan syurga dunia ini.
Persoalan yang sering timbul, perlukan insan ini mengikut apa yang hati kecil
berkata atau perlu mengikut apa dikehendaki oleh perestu?
Mungkin mereka mula memahami perasaan ini dengan
memperbanyakkan kerja dengan perkara-perkara yang insan ini tidak mohon dengan
menyua pelbagai benda. Namun hati kecil ini masih kuat dan utuh dengan perasaan
perbezaan gender yang keberadaannya bukan di sini. Hanya Engkau sahaja tahu apa
kesudahan cerita ini kerana insan ini sudah tidak sabar untuk melangkah ke
syurga dunia tetapi masih tetap teguh ditentang oleh perestu.
‘Ya Allah, insan ini menyerahkan sepenuhnya hati ini
kepada Mu bagi menentukan siapakah gender bertentangan terbaik buat insan ini
walau pun deep inside only she is in mine!’
...Wallahuallam...