tag line

tag line

Selasa, 1 Mac 2011

Berbau keikanan

Itu lah maksud terus kepada smell fishy (entah betol entah tidak la aku main hentam je). Entry kali ini adalah sekadar memperingati semua pembaca dan sekalian warga manusia sejagat. Sepanjang 25 tahun aku hidup, aku dah mula rasa asam garam kehidupan yang penuh liku-liku, jerih-perih dan sebagainya.

Biasanya kita akan dengar, setiap kata-kata adalah doa. Tapi kali ini aku katakan setiap kata-kata adalah ular. Bukan ape, cuba korang fikir, manusia sekarang semakin hari semakin cerdik dan semakin menjaga kepentingan sendiri. Demi kebahagiaan dan keselamatan diri, mereka sanggup menipu bukan dengan cara perbuatan sahaja, tetapi dengan kata-kata.

Term setiap kata-kata adalah doa itu patut anda sentiasa jadikan sebagai guide kepada diri. Sebab itu lah kita digalakkan agar diam daripada bercakap. Konteks yang berbeza kepada pihak lawan (yang kita berhadapan untuk bercakap - deal) adalah setiap kata-kata adalah ular. Jangan pula anda terus menghukum setiap apa yang dicakapkan oleh pihak lawan adalah ular, tapi sekadar beringat - kalau pihak lawan itu jujur, Alhamdulillah, kalau sebaliknya? Jadik sendiri mau ingat lah yer, deal tu berhati-hati lah. Kalu boleh rekod setiap kata-kata kita dan yang kita deal. Mesti kelakar kan dengan apa aku cadangkan ini, tapi ingat suatu hari nanti korunk akan paham ape yang aku cakap ni.

2 ulasan:

mye berkata...

tu org kte be yourself..
huhu

master mazeen berkata...

Tu lah...x baik bermuka2...kan??