tag line

tag line

Khamis, 24 Februari 2011

Math is beautiful 1

Ish...ish...korunk ni. Nape ni? Apasal? Sebab bunyi matematik ke? Aku pun tak paham lah korunk ni. Ape ler salah si matematik ni. Dengar je nama matematik, ramai yang ketaq. Padahal matematik la yang best. Ada lecturer aku dulu penah kata, mathematics is beautiful. Mula-mula tu aku ada gak pertikai (dalam hati jek pun), ape yang cantik? Rupa memang takde, bentuk sah ler takde, tinggi mustahil lah pulak. Setelah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kep.) Matematik dengan Ekonomi dari Universiti Malaysia Sabah baru lah aku paham kenapa matematik ni cantik, berseri, cun, lawa, hensem, kacak, bergaya, macho dan segalanya (lebih-lebih lah pulak aku ni, padahal aku lebih kepada statistik).


Mesti korunk tak caya kan. Meh aku tunjukkan satu bukti. Korunk semuakan ada hanphone kan? Contoh:

012-3456789

Ambik 2 digit paling blakang skali
(89)
Pastu darab 2
(89 x 2 = 178).
Tambah ngan 5
(178 + 5 = 183).
Darab dengan 50
(183 x 50 = 9150).
Tambah dengan umur anda
(9150 + 25 = 9175).
Tambah dengan 365
(9175 + 365 = 9540).
Tolak dengan 615
(9540 - 615 = 8925)

Jadik last skali lepas kira-kira anda dapat 8925. Agak-agak, ape istimewa nombor ini. Kalu korunk tak paham, sah, memang sah, terbukti anda tak baca bismillah kan?

8925

89 - tu kan 2 digit akhir nombor handphone korunk kan??
25 - tu kan umur hang!

Jadik, korunk nak kata matematik ni mennyusahkan, berserabut dan menjengkilkan? Sendiri tanya, sendiri jawab lah yer.....

p/s : lupa nak kreditkan Mohanes. Thanks mon kerana share!!

Isnin, 21 Februari 2011

Masalah..masalah...dan masalah....

MASALAH, satu perkataan yang betul-betul aku tak faham. Persoalan yang sentiasa muncul dalam benak fikiran aku adalah kenapa wujudnya perkataan MASALAH? Siapa yang mencipta perkataan ini. Sekarang menjadi masalah, kenapa aku tak faham dengan masalah aku ni. Entah ler, masalah memang sentiasa ada. Masalah... masalah ...masalah dan masalah...

Pada aku masalah memang banyak jenis, ada masalah yang boleh dikelasifikasikan sebagai kecil, sederhana, besar dan sangat besar. Masalah yang kecil adalah masalah yang boleh KIV. Masalah sederhana pulak adalah boleh KIV, tapi kena selesaikan jugak tapi kalau tak selesaikan, ia akan menjadi masalah peringkat besar. Manakala peringkat sangat besar adalah adalah melibatkan nyawa, harta, keluarga dan apa-apa yang berkaitan dengan fizikal.

Apabila timbulnya masalah, yang menjadi persoalan adalah, bagaimana nak menyelesaikan MASALAH? Itu persoalan yang sangat berat dan bergantung kepada masalah yang dihadapi. Ada kes yang terpaksa menebalkan muka dengan merayu/berlutut, ada juga yang terpaksa menerimanya dengan reda. Kadang-kadang masalah yang dihadapi adalah sangat rumit dan sangat menyakitkan kepala. Sampaikan ada yang tidak keruan sehingga ada yang menyebabkan seseorang menjadi GiLa dan tak berapa sihat akalnya. Faktornya masalah yang tidak dapat diuruskan dengan baik dan berhemah.

Apa pun masalah yang dihadapi, perlu diingat adalah salah satu cara untuk menjadi matang dan adalah merupakan proses tumbesaran. Seharusnya, masalah yang dihadapi di selesaikan dengan hemah, sekiranya perlu luahan, tumpahkan kepada rakan baik atau sesiapa yang sangat rapat dan seseorang yang boleh berkongsi masalah. Lagi cantik sekiranya dia dapat memberikan pendapat. Lagi cun sekiranya dia dapat menyelesaikan masalah. Tapi, jangan sangat bergantung kepada penyelesaian yang diberikan kerana setiap masalah adalah berbeza kepada individu. Mungkin boleh dijadikan sebagai jalan/guide kepada penyelesaian masalah yang dihadapi.

Konklusinya adalah, masalah adalah tetap wujud bagi mematangkan diri tetapi setiap masalah yang dihadapi adalah berbeza dengan individu lain. Jadi bagi mematangkan diri, diri sendiri perlu mencari jalan penyelesaian tersendiri. Pandangan dan pendapat orang lain adalah perlu untuk dijadikan sebagai guide/panduan/jalan bagi menyelesaiakan masalah yang dihadapi.

Perlu diingatkan sebagai manusia yang tidak sempurna ini, jadilah telinga yang baik kepada rakan yang mempunyai masalah. Bagi aku, rakan yang mempunyai telinga yang baik adalah rakan yang terbaik dan sukar untuk dicari. Oleh itu, ingatlah apa yang akan anda laku kan kepada orang lain, insyaAllah suatu hari nanti ia akan menimpa diri. Jadi anda perlu letakkan apa yang berlaku kepada diri anda.

Ahad, 20 Februari 2011

20 RAKYAT MALAYSIA PALING KAYA 2011

Hari ini aku ke pejabat ISME, bukan ada banyak keje pun nak buat kat pejabat tu, saje je boring kat umah. Jemu dah kat umah sbb tu membazir masa kat pejabat sambil ambil angin aircond! Ye lah kan kat rumah mana lah ada aircond! Tak mampu lah katakan.

Sedang membazirkan masa dalam bertimbun-timbun kerja, aku ada terbelek akhbar hari khamis yang lepas mengenai 20 RAKYAT MALAYSIA PALING KAYA 2011. Kali ini sekadar berkongsi dengan pembaca blog, bukan untuk membanggakan orang lain, tetapi sekadar untuk menjadi inspirasi kepada semua.
  1. Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group)-Perniagaan gula - RM50,040.00 Juta
  2. T Ananda Krishnan (Usaha Tegas) - Telekomunikasi (Maxis) - RM45,780.00 Juta
  3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM12,775.53 Juta
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) - RM12,739.50 Juta
  5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM10,895.99 Juta
  6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) - RM10,751.62 Juta
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Albukhary Foundation) - Konglomerat DRB-Hicom Group - RM8,840.00 Juta
  8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) - RM7,429.34 Juta
  9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rinbunan Hijau) - RM4,772.33 Juta
  10. Ong Beng Seng (Hotel Properties Ltd) - RM3,987.65 Juta
  11. Tan Sri Azman Hashim (Arab-Malaysia Corp) - RM3,930.00 Juta
  12. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) - RM2,433.69 Juta
  13. Datuk Lee Yeow Chor (IOI Group) - RM1,998.37 Juta
  14. Lee Yeow Seng (IOI Group) - RM1,962.05 Juta
  15. Datuk Seri Lee Oi Hian (Batu Kawan) - RM1,859.00 Juta
  16. Datuk Lee Hau Hian (Batu Kawan) - RM1,855.17 Juta
  17. Tan Sri Yeoh Tiong Lay (YTL Group) - RM1,810.72 Juta
  18. Tan Sri Lau Cho Kun (Hap Seng Consolidated) - RM1,774.97 Juta
  19. Datuk Mokhzani Mahathir (Kencana Petroleum) - RM1,665.20 Juta
  20. Tan Sri Jeffrey Cheah (Sunway Group) - RM1,535.51 Juta
Ada satu blog ini yang ada menyatakan Robert Kuok Hock Nien berada nombor 33 di dunia! Jadi korunk, memang terbukti sabda Nabi Muhammad S.A.W, 9 daripada 10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan!

Sumber:
rinduterhenti.blogspot.com
beritacrawlerz.com
beritasemasa.com
Berita Harian, Bahagian Ekonomi, Khamis, 17 Februari 2011, m/s:21

Khamis, 17 Februari 2011

Cikgu yang tak payah bayar gaji!

Memang susah. Memang susah. Betul lah kata orang nak dapatkan seringgit susah giler. Kalu nak membelanjakan 2 ringgit senang je. Sekali masuk kedai dah habis da. Itu adalah lumrah hidup, kalu tak lalui nya memang kita tidak sedar. Aku ingat lagi masa aku belajar dulu umi pesan, kalu nak makan, beli je selagi perut mampu menerima. Kalau tak cukup duit mintak je. Nasib baik aku masih ada duit pinjaman. Rasanya dalam 7 sem aku berada di universiti, sem 1 je aku mintak duit ngan umi. Mana taknya, mula-mula x tau cara nak beli tiket kapal terbang. Seingat aku masa tu tiket RM 800+ pergi dan balik dari KK-KL-KB-KL-KK!

Sekarang bila dah habis belajar dan menugaskan diri sendiri untuk menyara diri sendiri ni, baru sedar, kalu kelantanese ckp br kaba. Memang betul-betul susah nak dapatkan wang. Sah la kata-kata 'sejarah adalah cikgu yang sebenar'.

Rabu, 2 Februari 2011

syukur alhamdulillah

Setelah 2 bulan menanam anggur yang memberikan pendapatan yang sangat 'lumayan' ini, akhirnya aku mendapat seru untuk bekerja. Tetapi kerja sementara sahaja. Apa yang syoknya dua kerja skali aku hentam. Biasa ar tamak haloba (ada aku kesah korunk nak kata ape!). Anyway, disebabkan ketamakan aku ni, aku menerima bukan setakat tamparan, tetapi sepakan maut yang sangat perit. Nak tau ke job ape yang terima?

KERJA 1
Yang 1st job aku terima adalah mengedit2 bahan untuk dijadikan buku. Yang part ni free lence je. Time tak sibuk bleh buat ar. Tapi yang tak tahannya, banyak giler nak kena edit. Lain kesnya yang 1st editing job dulu. Yang dulu tu senang je, susun-susun skit pastu bg cun skit jadual ngan rajah dan sbgnya dah ok lah. Tapi yang ni pedih dan perit skit. Xpe, anggap semua ni adalah proses untuk aku belajar.

KERJA 2
Kerja kedua ni lebih formal skit. Aku ada jumpa salah seorang pensyarah dari Fakulti Perubatan Vaterinar, UMK dan merupakan bukan warganegara Malaysia. Aku panggil dia Prof. Imad, he is from Iraq. Nak ucapkan terima kasih kepada Ahmad Saufi (kasi glamour skit!) kerana mencadangkan nama aku kepada Prof. Imad. Hah! ini satu bala jugak, dah la aku tunggang tebalik Bahasa Inggeris aku, lagi cantik, dia tau yang aku penah belajar Bahasa Arab! Memang masuk rembun berdurilah pastu jumpa harimau pulak. Camne bleh jumpa harimau? Korunk tau lah aku penah sekolah kerajaan negeri, nama je kelas sains tulen tp tak penah buat eksperimen (takpe, janji semua pelajar sekolah tu cemerlang, i'm proud to be MML-Maahad Muhammadi Lilbanin). Time aku jumpa eksperimen lab adalah time Matrikulasi Pahang (Sebab tu lah time matrik aku paling xcited masuk lab!). Masuk universiti, salah-salah ler aku tak masuk lab, masuk lab pun lab komputer! Salah satu kerja ngan Prof. Imad adalah kena masuk lab! Memang jumpa rimau la ni. Setelah panjang lebar berbincang dalam 'Bahasa Manglishrab' (bahasa aku sendirik - campur2 3 bahasa (BM + BI + Arab)), aku diterima jadik Pembantu Penyelidik (RA) kontrak 1 tahun. Sekarang tengah tunggu surat tawaran. Tunggu masa je ni.

Jadiknya, korunk jgn terkejut ar, kalau dah lama aku tak update blog ni. Tapi, time aku serabut ngan job2 ni, aku akan update blog ni. Apa pun yang telah berlaku, aku anggap semua ini adalah sesuatu yang ditakdirkan kepada aku dan aku anggap apa yang aku alami semua ini adalah salah satu proses belajar. Iaitu belajar bagi mendapatkan segantang beras!

Selasa, 1 Februari 2011

Happy Chinese New Year

Wish to all my Chinese friends and lecturers with good fortune and prosperity in this New Year.