tag line

tag line

Selasa, 5 Januari 2010

INDAH RUPA DARI KHABAR?

Dengar je tajuk yang aku papar kan kali ini, pasti semua tertanya-tanya, adakah penulis ni silap taip atau penulis ni tak tau peribahasa. Apa yang tajuk tertulis adalah benar dan berasas. Ini adalah berdasarkan pengalaman yang aku sendiri alami.

Untuk pengetahuan umum, aku sekarang tengah Latihan Industri (LI) atau dengan perkataan mudah adalah praktikal di salah sebuah universiti awam Malaysia, iaitu Universiti Malaysia Kelantan di Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME). Institut ini adalah sangat bagus dan sangat baik. Institut ini membantu golongan yang tidak tau cara memasarkan barangan kepada pengguna. Bukan itu sahaja, institut ini juga memberikan didikan atau mengajar pengusaha yang membuka perusahaan secara kecilan ini menjadi lebih berdaya saing dan perniagaan mereka akan maju.

Berkenaan tajuk pula, "INDAH RUPA DARI KHABAR". Biasanya kita dengar INDAH KHABAR DARI RUPA, tetapi aku cuba mengeluarkan INDAH RUPA DARI KHABAR. Idea ini keluar apabila ia berlaku sendiri di tempat aku LI.

Bos lama aku dulu agak baik tapi tidak pandai bergurau. Aku menjadi agak rapat dengan bos lama aku tu. Aku menjadi pelik setiap kali ada masalah yang timbul, dia tidak memberikan sebarang keputusan dan jalan penyelesaian, malah marah pula kepada si pengadu. Bila aku tanya kali kedua mengenai masalah yang sama, dia cakap aku tak baca arahan dalam surat yang dikeluarkan, walhal aku dah 10 kali dah baca (menunjukkan dah baca berkali-kali). Takde pulak menyatakan benda yang menjadi masalah tu. Akhirnya masalah yang timbul tidak di selesaikan dan masih tergantung.

Januari 2010, bos lama ditukarkan jabatan lain. Datang bos baru. Macam-macam aku dengar cerita bos baru. Ada yang kata, masalah kecik dibesar-besarkan. Pastu semua hal dan semua benda nak cepat. Garang pulak tu dan sangat pentingkan status (position). Selain daripada sebab garang, aku boleh terima dan aku sangat-sangat tidak sabar menerima bos baru sebabnya, aku ingin cuba merubah persepsi orang lain terhadap pekerja kerajaan. Setahu aku, pekerja kerajaan adalah membantu rakyat. Aku mula risau dan bimbang, macammana aku nak buat. Risau datang berenang-renang di otak dan minda. Aku bayangkan aku buat silap sikit dan kena marah berpanjangan. Mana tak nya banyak khabar angin yang negatif tersebar.

Setelah beberapa hari aku bekerja dengan bos baru. Aku dapati bos baru jauh lebih baik daripada bos lama. Ada ciri-ciri kepimpinan dan tidak suka tangguh kerja. Sekiranya masalah timbul, dia memberikan keputusan walaupun semua orang kata tidak logik dan tidak patut. Ini memberikan gambaran bahawa dia pandai menyelesaikan masalah dan tidak suka tangguh kerja. Tambah lagi, dia langsung tak garang setakat ini. Malah sangat ramah.

Terbukti kali ini benar pepatah yang aku keluarkan "INDAH RUPA DARI KHABAR". Kepada semua pembaca sekalian, ini hanyalah pendapat, komen dan pengalaman aku sahaja. Luar dari itu, aku mohon ampun dan maaf sekiranya apa yang tercatit di sini adalah salah. Biasalah namanya pun pendapat dan komen.

Tiada ulasan: