tag line

tag line

Jumaat, 15 Januari 2010

Nik Aisyah Aliya???

Assalamualikum.....

Nik Aisyah Aliya Bt Nik Mohd Yusri? mmmm......Cantik tak tak nama ni? Ada cadangan nama lain? Sebab ini sekadar salah satu cadangan nama. Ini lah gambar anak sedara aku yang pertama buat tatapan adik ku, Tuan Mohd Syakir dan kepada semua pembaca setia blog ini.

Tengah pakaikan baju

Kasi dia tutup aurat..hahah

Berpempes je?haha

Aliya yang sihat wal'fiat

Mata yang hitam-legam (comel nyer!!)

Rabu, 13 Januari 2010

Aduh!!! Sakitnya...

Assalamualaikum.....

Sudah seminggu aku dan adik aku tinggal di rumah ini. Umi + abah aku pergi tengok cucu pertamanya iaitu anak sedara aku yang pertama. Bilalah diorang ni nak balik. 3 hari lepas, adik yang bongsu telefon aku dia cakap dia rindu nak balik rumah. Aku cakap kat dia, sabarlah bulan 4 ni dia dah habis. Aku faham sangat perasaan dia, sebab dia tidak pernah berpisah dengan umi + abah. Tup-tup dia berpisah dan tidak boleh berhubung. Apa yang menyanyatkan hati ini, dia pesan letak lah gambar anak sedara dia. Dia nak tengok. Pastu tunjuk-tunjuk lah gambar dia kat anak sedara. Nanti dia tidak kenal bapa saudara nya. InsyaAllah, aku akan merialisasikan impian dia. Nanti aku upload gambar dan letak dalam ni. Dengan cara ini, dia boleh tengok gambar melalui internet.

Tiga hari lepas juga, aku kena penyakit yang sangat pelik. Aku tak tau lah ape dia. Tetiba je tangan aku bengkak. Nak kata kena gigit dek sesuatu tak mungkin kerana tiada kesan gigitan. Awalnya dia tak bengkak, cuma lenguh-lenguh. Aku ingat sebab aku tertindih tangan waktu tidur. Lenguh-lenguhnya pelik gak sebab bermula hujung jari Scapula (tulang belikat/tulang kipas). Aku buat tak layan jelah. Lepas tu dia rasa sangat sakit, malam tu aku ambik minyak panas dan sapukan sedikit, sambil urut-urut. Bangun je pagi esok, aku tengok tangan aku bengkak sangat, sampai nak gerakkan tangan pun susah. Aku gagahkan diri untuk ke pejabat. Sampai pejabat semua orang terkejut dengan tangan yang bengkak ini. Malam tu aku rasa tak tahan sangat, rasa macam tangan ni di koyak-koyak dan di siat-siat mentah-mentah. Akhirnya aku dibawa oleh adik ku ke HRPZ II.

Doktor pun tak tau apa punca nya setelah x-ray. Mula-mula doktor ingat patah. Sebab cara bengkak macam patah. Aku hanya diberi ubat tahan sakit (diclofenac sodium), ubat bengkak (entah aku tidak tau nama ape-warna hijau) dan antibiotik (cloxacillin 250mg) sahaja. Doktor pesan jugak, kalau dalam 3 atau 4 hari ni masih lagi sakit dan bengkak masih tak tahan kena jumpa dia balik. Doktor bagi cuti sakit selama 2 hari. Tapi hari ke-2 aku kena balik pejabat kerana banyak kerja perlu di selesaikan. Tapi hari ini sakit dah semakin kurang dah. Tapi bengkak masih lagi ada.

Harap, aku cepat sembuh kerana banyak benda perlu aku selesaikan. Moga Tuhan makbulkan permintaan aku ini. Ameeenn.....

Sabtu, 9 Januari 2010

Yahooo!!!

Alhamdulillah....

Aku berjaya menamatkan ijazah ku. Setelah tesis ku bertajuk Faktor-faktor yang Mempengaruhi Ketahanan Tablet dengan menggunakan Kaedah Regresi Berganda berjaya aku selesaikan. Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok, Puan Noraini Abdullah, Miss Khunes, Miss Khadizah, P.M Dr. Ho Chong Mun, P. M. Dr. Jumat Sulaiman, Puan Suzielawati Zenin, Puan Asdalifah, Dr. Aini Janteng, Cik Suriani dan semua pensyarah Matematik dengan Ekonomi dan Matematik dengan Komputer Grafik yang banyak membantu dalam menyiapkan tesis dan memberi dorongan dan sokongan sepanjang diri ini berusaha untuk mendapat segulung ijazah. Terima tak terhingga diucapkan. Hanya tuhan sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua.

Jumaat, 8 Januari 2010

Tahniah...

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, hari ini hari jumaat dengan tarikh 8 Januari 2010 bersamaan dengan 22 Muharam 1431 H. Kak long iaitu akak aku Tuan Norfadhlina telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.25 kg di Hospital An-Nur, Bangi. Tahniah buat kak long dan abg yus.

Mulai hari kak long dan abg yus sudah bergelar ayah dan ibu. Maka, makin berat lah tanggungjawab mereka. Apa yang best, aku diberitahu Datuk Dr. Mohd Fadzlilah Kamsah yang belah mulut (bagi makan kurma dan air zamzam) anak saudara pertama ku ini di hospital. Ada yang lagi gembira moyang ku isyaAllah akan menatap ciat nya nanti. Nenek ku pula akan melihat cicitnya nanti. Aku ucapkan selamat menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh yang Maha Esa dan tahniah buat Tuan Norfadhlina Tuan Mustapa dan suaminya, Nik Yusri Nik Yusof.

Selasa, 5 Januari 2010

INDAH RUPA DARI KHABAR?

Dengar je tajuk yang aku papar kan kali ini, pasti semua tertanya-tanya, adakah penulis ni silap taip atau penulis ni tak tau peribahasa. Apa yang tajuk tertulis adalah benar dan berasas. Ini adalah berdasarkan pengalaman yang aku sendiri alami.

Untuk pengetahuan umum, aku sekarang tengah Latihan Industri (LI) atau dengan perkataan mudah adalah praktikal di salah sebuah universiti awam Malaysia, iaitu Universiti Malaysia Kelantan di Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME). Institut ini adalah sangat bagus dan sangat baik. Institut ini membantu golongan yang tidak tau cara memasarkan barangan kepada pengguna. Bukan itu sahaja, institut ini juga memberikan didikan atau mengajar pengusaha yang membuka perusahaan secara kecilan ini menjadi lebih berdaya saing dan perniagaan mereka akan maju.

Berkenaan tajuk pula, "INDAH RUPA DARI KHABAR". Biasanya kita dengar INDAH KHABAR DARI RUPA, tetapi aku cuba mengeluarkan INDAH RUPA DARI KHABAR. Idea ini keluar apabila ia berlaku sendiri di tempat aku LI.

Bos lama aku dulu agak baik tapi tidak pandai bergurau. Aku menjadi agak rapat dengan bos lama aku tu. Aku menjadi pelik setiap kali ada masalah yang timbul, dia tidak memberikan sebarang keputusan dan jalan penyelesaian, malah marah pula kepada si pengadu. Bila aku tanya kali kedua mengenai masalah yang sama, dia cakap aku tak baca arahan dalam surat yang dikeluarkan, walhal aku dah 10 kali dah baca (menunjukkan dah baca berkali-kali). Takde pulak menyatakan benda yang menjadi masalah tu. Akhirnya masalah yang timbul tidak di selesaikan dan masih tergantung.

Januari 2010, bos lama ditukarkan jabatan lain. Datang bos baru. Macam-macam aku dengar cerita bos baru. Ada yang kata, masalah kecik dibesar-besarkan. Pastu semua hal dan semua benda nak cepat. Garang pulak tu dan sangat pentingkan status (position). Selain daripada sebab garang, aku boleh terima dan aku sangat-sangat tidak sabar menerima bos baru sebabnya, aku ingin cuba merubah persepsi orang lain terhadap pekerja kerajaan. Setahu aku, pekerja kerajaan adalah membantu rakyat. Aku mula risau dan bimbang, macammana aku nak buat. Risau datang berenang-renang di otak dan minda. Aku bayangkan aku buat silap sikit dan kena marah berpanjangan. Mana tak nya banyak khabar angin yang negatif tersebar.

Setelah beberapa hari aku bekerja dengan bos baru. Aku dapati bos baru jauh lebih baik daripada bos lama. Ada ciri-ciri kepimpinan dan tidak suka tangguh kerja. Sekiranya masalah timbul, dia memberikan keputusan walaupun semua orang kata tidak logik dan tidak patut. Ini memberikan gambaran bahawa dia pandai menyelesaikan masalah dan tidak suka tangguh kerja. Tambah lagi, dia langsung tak garang setakat ini. Malah sangat ramah.

Terbukti kali ini benar pepatah yang aku keluarkan "INDAH RUPA DARI KHABAR". Kepada semua pembaca sekalian, ini hanyalah pendapat, komen dan pengalaman aku sahaja. Luar dari itu, aku mohon ampun dan maaf sekiranya apa yang tercatit di sini adalah salah. Biasalah namanya pun pendapat dan komen.

SELAMAT TAHUN BARU 2010...


Assalamualaikum.....

Sudah lama aku tidak gerak kan jari jemari dia atas papan kekunci laptop ku ini. Hari ini aku berpeluang sementar untuk memberikan jari ini pantas bergerak ke kanan, ke kiri, ke atas dan kebawah. Aku sudah lama menunggu masa dan ketika ini untuk menggerakkan jari-jemari yang tengah gatal-gatal untuk menari.

Rasanya masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada umi dan abah ku, keluarga ku sekalian juga tak ketinggalan kepada pensyarah ku yang tidak penat memberikan tunjuk ajar dan nasihat terutama Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok, Puan Noraini Abdullah dan seluruh pensyarah Matematik dengan Ekonomi. Semua rakan-rakan yang mengenali diri ini. Juga kepada pembaca blog yang kerdil ini. Moga tahun baru ini (2010) menjadi lebih baik daripada tahun yang sebelum ini iaitu 2009. Ameen....