tag line

tag line

Sabtu, 3 Oktober 2009

Makanan laut pupus pada tahun 2048!


Kajian yang disiarkan dalam isu ketiga jurnal penyelidikan Science, menyatakan bahawa banyak spesis yang sudah pupus pada kadar yang semakin cepat. Menurut Boris Worm, penyelidik dari Universiti Dalhousie, Kanada, sekiranya keadaan ini berlarutan, kesemua spesis ikan dan makanan laut akan pupus dalam tempoh hayat beliau. Ini disebabkan oleh hasil tangkapan yang menerun sehingga 90 peratus jika dibandingkan dengan 10 tahun dahulu. Kajian yang juga membabitkan sekumpulan ahli ekologi dan ekonomi ini turut menjalankan kajian tentang bagaimana kepelbagaian bio merin boleh membantu mengekalkan kewujudan manusia.

Worm dan kumpulan penyelidiknya merupakan kumpulan penyelidik pertama yang menggunakan penilaian komprehensif daripada perkhidmatan ekosistem negeri yang disediakan oleh Kepelbagaian Bio Laut Dunia untuk Manusia Sejagat. Kajian ini berdasarkan kepada sejarah yang luas dan teratur dan data daripadaeksperimen sebelum ini. sebanyak 29 peratus daripada spesis ikan dan makanan laut sudah pun pupus.

Menurut beliau lagi, kesan kemusnahan laut bukan sahaja kepada nelayan dan industri perikanan malah produktiviti dan kestabilan ekosistem laut itu sendiri secara keseluruhan. Pengurangan variasi spesis merupakan keadaan yang amat getir untuk mengekalkan kualiti air. ini menyebabkan tiada penapis secara biologi, agen yang melindungi garis pantai, agen yang mengawal pertumbuhan alga yang berbahaya dan kehilangan kawalan tahap oksigen. Sebarang kesan yang berlaku kepada laut akan turut menjejaskan keseluruhan kehidupan di muka bumi.

sumber:
Dewan Kosmik, Januari 2007,33

3 ulasan:

Hilal Azmi berkata...

menakutkan...HUhu....Ak nengok ikan kecik2 ja kat market....

NIVYANFAZZA berkata...

marine sains perlu dipertingkatkan lagi utk mengkaji faktor berlakunya berkara ini...

master mazeen berkata...

tu lah...
lal ko pun kena kuat berusaha prevent pencemaran alam dan sebagainya...
burhan tu tugas ko sbg ahli marin...ok? hahah