tag line

tag line

Sabtu, 3 Oktober 2009

Ketawa boleh berjangkit!

Kajian dilakukan oleh sekumpulan saintis dari Kolej Universiti London mendapati bunyi positif
daripada ketawa atau kata-kata gembira seperti "Woo hoo!" mencetuskan tindak balas yang kuat dalam oak pendengar.Tindak balas ini berlaku di dalam kawasan otak yang diaktifkan apabila kita tersenyum dan mengarahkan supaya otot bersedia untuk ketawa. Hasil kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Neuriscience seakan-akan menepati peribahasa inggeris yang menyatakan "senyumlah, dan seluruh dunia akan tersenyum kepada anda." Menurut salah seorang saintis, Sophie Scott, kita sentiasa mengenal pasti seseorang daripada tabiat, perkataan yang mereka gunakan dan mimik muka ketika bercakap. kini kita boleh mengesan tahap ketawa dalam otak mereka.

kumpulan saintis ini memainkan beberapa siri bunyi pada sukarelawan yang bersetuju untuk menjadi bahan kajian. Mereka mengimbas otak responden berkenaan dengan fungsi pengimejan resonan magnetik, iaitu sebuah teknologi yang mengukur aktiviti otak berasaskan pengaliran darah dalam otak. Beberapa bunyi memberikan tindak balas positif, seperti bunyi ketawa dan jeritan gembira. Manakala bunyi menegking atau meraung pula memberikan tindak balas yang negatif. Kesemuanya didapati mencetuskan aktiviti dalam rantau krotikal pramotor otak dan mengar4ahkan otot bersedia untuk memberikan tindak balas yang bersesuaian. Tetapi saintis mendapati wujud tindak balas yang lebih besar pada bunyi positif.

Dengan hasil kajian ini, saintis menemui jawapan mengapa kita akan sekurang-kurangnya tersenyum apabila mendengar orang ketawa!

sumber:
Dewan Kosmik, Januari 2007,32

Tiada ulasan: