tag line

tag line

Isnin, 4 Mei 2009

Tahniah sahabat dan seniorku....

Semester 6 telah pun berlalu, Ada yang dah habis terus daripada ijazah dan ada yang masih belum habis seperti aku. Tetapi aku reda dengan ketetapan yang Maha Esa, aku pasrah dan sedar dengan keupayaan aku yang mana aku hanya mampu hidup dengan cara aku sendiri. Aku tidak boleh berlakon menjadi seseorang yang lain. Aku sedar aku ada 1 semester lagi yang tinggal.

Kepada rakan sahabat dan senior yang berjaya habis 6 semester, aku ucapkan tahniah dan syabas. Sekarang tiba masanya korang semua menjejakkan kaki ke dunia baru. Semuanya baru, rakan-rakan yang baru, keadaan yang baru, suasana yang baru, kehidupan yang baru. Pendek kata semuanya baru. Sekali lagi tahniah kepada semuanya.

Kepada rakan-rakan yang bakal berpindah kepada dunia yang baru. Ingatan, jangan lupa kami di sini yang masih tinggal di sini. Selalulah bertanya khabar kami di sini. Banyak-banyak lah bantu kami yang masih terikat disini. Di sini aku sekadar mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada rakan-rakan yang telah berjaya dengan jayanya. Doakan kami yang masih di sini agar kami berjaya seperti kalian....

Tiada ulasan: