Detik jam 11 pagi pada 4 May 2009, aku dah abis semua exam aku pada semester yang keenam ini. Paper yang terakhir aku ambil adalah Penyelidikan Operasi. Secara keseluruhan, aku dapat rasakan, agak teruk. Ini kerana, kebanyakan paper yang aku ambil semester ini, aku banyak study dan aku tau start dari a sampai z. Jadi apa yang aku tak dapat jawab sikit pun, aku dapat rasakan sangat teruk, walhal pada semester-semester lepas lagi teruk aku jawab exam.
Pepehal aku dah berjaya habis kan semester yang keenam aku dengan agak baik walaupun boleh dikatakan agak kurang baik. Dan apa yang penting jugak, aku dah MERDEKA!!!Tapi aku kena siapkan tesis aku secepat mungkin jugak. Doakan aku supaya everything berjalan dengan lancar. InsyaAllah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan