tag line

tag line

Ahad, 31 Mei 2009

Penat oh penat....

Assalamualaikum....

Aduh!! penatnya rasa. Bukan buat kerja tapi penat buat tesis. Sebenarnya, awal-awal lagi aku dah siap, tapi di campur dengan perasaan malas dan juga bantu parent aku kat rumah, maka lambat lah siap. Tapi yang aku happynya chapter 4 dah siap. Yang tak happynya, ini dah masuk third round dah aku run data. Ada je masalah. Macam biasa think positif, maybe something happening will be happen to me, InsyaAllah.

Apa pun aku kena cuba siapkan semua dari bab 4 hingga bab 6 sebelum aku balik UMS. Sebab aku tau, final sem lagi banyak cabaran. So aku kena siapkan secepat mungkin. SEMUA DOAKAN AKU, MOGA CITA-CITA AKU UNTUK AKU SIAPKAN TESIS AKU BERJAYA DAN BERJALAN DENGAN LANCAR. AMEEEEENNNN....

Rabu, 27 Mei 2009

TAHNIAH....

Assalamualaikum...

Selepas solat maghrib, aku berelax-relax di dalam bilik. Tetiba aku dapat sms. Tengok-tengok daripada kakak aku. Aku terkejut. Nampaknya ada dapat berita baik daripada akak aku. Nanti aku bakal jadi BAPA SAUDARA. Aku bakal dapat ANAK SAUDARA. I'm so excited and happy. Tahniah aku ucapkan kepada akak aku dan suaminya. Moga-moga bakal anak saudara ku comel!!

Isnin, 4 Mei 2009

Tahniah sahabat dan seniorku....

Semester 6 telah pun berlalu, Ada yang dah habis terus daripada ijazah dan ada yang masih belum habis seperti aku. Tetapi aku reda dengan ketetapan yang Maha Esa, aku pasrah dan sedar dengan keupayaan aku yang mana aku hanya mampu hidup dengan cara aku sendiri. Aku tidak boleh berlakon menjadi seseorang yang lain. Aku sedar aku ada 1 semester lagi yang tinggal.

Kepada rakan sahabat dan senior yang berjaya habis 6 semester, aku ucapkan tahniah dan syabas. Sekarang tiba masanya korang semua menjejakkan kaki ke dunia baru. Semuanya baru, rakan-rakan yang baru, keadaan yang baru, suasana yang baru, kehidupan yang baru. Pendek kata semuanya baru. Sekali lagi tahniah kepada semuanya.

Kepada rakan-rakan yang bakal berpindah kepada dunia yang baru. Ingatan, jangan lupa kami di sini yang masih tinggal di sini. Selalulah bertanya khabar kami di sini. Banyak-banyak lah bantu kami yang masih terikat disini. Di sini aku sekadar mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada rakan-rakan yang telah berjaya dengan jayanya. Doakan kami yang masih di sini agar kami berjaya seperti kalian....

MERDEKA!!!!


Detik jam 11 pagi pada 4 May 2009, aku dah abis semua exam aku pada semester yang keenam ini. Paper yang terakhir aku ambil adalah Penyelidikan Operasi. Secara keseluruhan, aku dapat rasakan, agak teruk. Ini kerana, kebanyakan paper yang aku ambil semester ini, aku banyak study dan aku tau start dari a sampai z. Jadi apa yang aku tak dapat jawab sikit pun, aku dapat rasakan sangat teruk, walhal pada semester-semester lepas lagi teruk aku jawab exam.

Pepehal aku dah berjaya habis kan semester yang keenam aku dengan agak baik walaupun boleh dikatakan agak kurang baik. Dan apa yang penting jugak, aku dah MERDEKA!!!Tapi aku kena siapkan tesis aku secepat mungkin jugak. Doakan aku supaya everything berjalan dengan lancar. InsyaAllah....