27 Februari 2009, aku di ajak oleh seorang rakan serumah semasa tahun 1 ke rumahnya atas undangan kakaknya yang berkahwin. Aku ape lagi bersemagat untuk join kerana ini adalah ini kali pertama aku melihat majlis perkahwinan di Sabah. Seperti sedia maklum, di sabah ini terdiri pelbagai kaum dan pelbagai etnik. Kali ini, aku melihat tradisi keturunan Brunei yang menetap di Sabah untuk meraikan majlis perkahwinan. Juan atau nama sebenarnya Awang Shazwan merupakan rakan aku semasa tahun satu. Kakak dia yang kawin, so aku ape lagi nak join ar. Tarikh perkahwinan kakaknya ialah 28 Februari 2009 hari Sabtu.
Kami bertolak dari Kolej Kediaman Indah permai dalam jam 4.45 petang. Sebelum-sebelum ni Juan cakap jam 6 akan bertolak. Tetiba dia call aku masa aku kat perpustakaan, katanya gerak sekarang walhal waktu tu jam 4 petang. Aku bergegas keluar daripada perpustaakan terus ke perhentian bas dan untungnya aku hanya tunggu lebih kurang 3 minit sahaja. Kami dengan pantas bergerak, kerana aku difahamkan perjalanan kami akan memakan masa 1 jam lebih. Kediaman nya berada di kawasan Papar lebih kurang 90+ km dari bandaraya kota kinabalu.
Sampai sahaja dirumah kawan aku tu, ramai sanak saudara yang datang yang memenuhi ruang rumahnya. Aku menyesal kerana tidak bawa kemera untuk mengambil gambar kerana ini adalah kenangan yang sukar untuk dicari. Kali ini bukan nak bercerita keadaan aku, tetapi adat mereka dari segi tindakan, susun atur dan sebagainya.
Malam sebelum majlis perkahwinan disana ada majlis marhaban, karaoke dan majlis selawat kepada nabi. Aku gantuk tahap cipan. Mana taknya aku dah 3 hari bertemu bantal 2 jam berturut-turut. Majlis tu habis dalam jam 1 pagi. Tuhan je yang tahu betapa ngantuknya aku pada waktu tu. Makanan pada malam itu adalah bahulu yang kecil, dan kuih mueh tradisional yang aku lupa namanya, tapi agak sedap. Minuman pula, kopi pekat, milo dan nescafe. Memang ubat tak tidur.
28 Februari 2009, majlis perkahwinan berlansung, tema pada majlis itu adalah ungu. Semua warna ungu dari kain rentang kepada baju yang dipakai oleh tuan rumah. Makanan pula adalah macam semenjung tapi kat majlis ini tiada makanan berasaskan daging. Semuanya ayam dan ikan jugak sayur timun. Tapi yang penting semuanya sedap untuk dimakan. Yang lain dengan semenanjung ialah majlis ini ada cabutan bertuah. Hadiahnya ialah hamper. Aku kononnya nak cuba, mana tahu aku bertuah atau tak. Nombor yang aku dapat ialah 1266. Tapi malangnya aku memang tak bertuah. Selama ni pun mana pernah kena pun nombor bertuah.
Jam 12.30 tengah hari, kedengaran paluan kompang yang agak kuat. Kemudian pengacara majlis mengumumkan ketibaan pengantin lelaki kehalaman rumah pengantin perempuan. Aku lihat di depan pengantin lelaki adalah ayah pengantin lelaki tersebut dan jelas kelihatan pengantin lelaki memegang kain atau serban yang dihujungnya di pegang oleh ayahnya dihadapan. Bila sahaja masuk kawasan rumah, gerombolan kompang tadi membuat satu bulatan, kemudian ayah pengantin lelaki membawa pengantin membuat pusingan, kalau tak silap aku lah 5 pusingan. Kebetulan kawan aku ada sebelah, dia memberi tahu itu adalah namanya pusingan naga. Untuk ambik semangat. Kemudian kedua-dua mempelai dibawa ke pelamin yang tersedia dibawah atau dibawah khemah.
Pada malam tersebut, ada majlis potong kek yang dihadiri oleh sanak saudara yang terdekat. Ramai tak ramai pun penuh jugak rumah tu. Kami yang tiada kaitan hanya duduk di bawah khemah menunggu majlis habis. Tak cukup dengan majlis potong kek, pengantin di bawa ke ruang bawah rumah untuk diraikan sekali lagi. Macam biasa bila berada di ruang bawah rumah, berkaraoke sampai larut malam. Aku yang tidak larat ini terus naik ke dalam rumah dan duduk di dalam bilik, kemudian hilang dalam ramai (lena dibuai mimpi).
Esoknya tiada yang istimewa, macam biasa setelah majlis habis, waktu berkemas-kemas. Aku turut membantu dalam aktiviti ini. Lebih kurang jam 2, aku dan rakan-rakan balik ke UMS atau lebih spesifik Kolej Kediaman Indah Permai untuk meneruskan aktiviti macam biasa. Ini adalah kenangan yang sukar untuk aku lupakan. Sayangnya aku tak membawa kamera. Sekarang hanya kata-kata yang mampu aku share.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan