Assalamualaikum...
Kenapa semenjak dua menjak ni aku dapat rasakan aku ada sedikit malas. Walaupun aku buat, tapi dalam keadaan yang tidak enjoy dan tak sangat happy. Macam buat kerja atas dasar buat je janji siap. Tak ikhlas. Kadang-kadang aku cuba push myself to be more hardworking. Hanya satu sebab, aku risau akan pelajaran aku ni. Dah ler semua paper sem ni adalah mejor. Semua 3 jam kredit. Aku nak target at least all my paper this sem aku dapat B. Sebabnya aku tak proceed projek 2 aku sem ni, walhal sepatutnya aku kena siapkan projek 2 aku pada sem ni. Aku akan cuba buktikan, i can do it. Time aku relaks-relaks, aku akan berfikir macam mana nak elakkan perasaan malas tu wujud dalam diri? Insafkan diri dan fikirkan tanggungjawab. Macam mane nak insafkan diri? Macam mana nak sedarkan diri supaya tidak malas lagi dan banyak lagi persoalan yang timbul.
Kadang-kadang aku terfikir how about my future? my work? where? dan banyak lagi. Dapat ke aku kerja dan bagi duit kat parent aku sebanyak yang mungkin? Sebab apa yang aku tahu, semua bidang kerja dalam dunia ini mahukan matematik. Keselamatan, perkilangan, medikal dan banyak lagi. Sometimes aku terfikir, if banyak sangat bidang boleh masuk, how about kos yang lbh spesific? Kompem any company akan pilih mereka.
Tapi setakat ini dan apa yang aku dengar daripada senior-senior yang lepas, agak gempak jugak diorang kerja. Normally basic around RM2+++. Aku berdoa semoga aku dapat kerja dan dapat bagi duit kat parent aku sebanyak yang mungkin. Moga kerisauan yang aku risaukan ini hanya tinggal kerisauan sahaja. Sebab apa yang Allah janjikan, semua makhluknya ada rezekinya yang tersendiri, yang berbeza bentuk, lambat dan cepat sahaja. Doakan aku supaya dapat kerja yang best-best. Ameenn...