tag line

tag line

Khamis, 22 Januari 2009

23 Januari 2009....

22 jan 2009, 9.30 malam, mata aku semakin berat, minda jangan dikata, dah menerbang jauh tah kemana aku pun tak tau. Wan yang bertandang rumah aku sedar akan keadaan aku yang ‘mabuk’ tu, dia minta izin untuk pulang, bila wan pulang, aku berkemas dan menutup laptop aku yang terlintang dengan muzik yang sayup-sayup kedengaran itu. “Lambatnya laptop ni nak off. Ngantuknya” monolog dalaman berlaku. Memang tak larat nak membuka mata. Rasa bagai ada ‘gunung’ berada diatas kelopak mata. Bila semua telah sedia, aku angkut laptop dan segala benda berharga keatas untuk tidur. Ngantuk punya pasal, aku abaikan ‘musuh’ aku yang berada di bilik aku tu. Tapi malangnya, Arif nyenyak tidur di katil aku. AHHH!! Ngantuknya. Apa aku nak buat sekarang? Aku letak laptop aku dalam bilik aku, kemudian aku turun bawak balik untuk tidur kat meja. Ngantuk punya pasal, keselesaan aku abaikan ketepi. Baru saje aku nak letak kepala di meja, hadlan balik dari mesyuarat. Lega….boleh aku tidur di katil husmi. Apa lagi orang dah sorong bantal, tidur jelah. Bestnya!!!

Dalam nyenyak tidur, tetiba ada manusia kejutkan aku yang tengah tidur. Dah ler aku ngantuk, AHHHH!!! Geramnya!!!ganggu orang nak tidur je…awal-awal aku buat tak nampak je, tetapi manusia ni tak putus asa kejut aku. Pelik ni. Biasanya manusia ni susah nak kejutkan aku tidur tambahan lagi kalau kejutkan aku dan aku tak nak bangun juga, dia biarkan aku tidur saja. Tapi ini memang pelik…????.....aku menggagahkan diri untuk bangun, tengok jam kat handphone 00:01. Dalam hati aku, “dah bertambah umur aku dah. Dah 23 tahun rupanya aku nie” aku ikut je manusia yang tidak berputus asa mengejutkan aku tadi. Tapi aku singgah masuk ke tandas dulu, manusia yang diberi nama Mohd. Arif Lokman Bin Azman telah membawa aku kebilik aku. Aku tengok, hadlan tiada di biliknya, pelik jugak. Bilik aku gelap-gelita je. Aku buka je pintu bilik aku tu, kemudian……

SURPRISE!!!!!!!!! HAPPY BIRTHDAY!!

Diorang sambut hari lahir ke-23 aku rupanya, aku terkesima sebentar. Betul ke ni????untuk pengetahuan semua ni adalah sambutan yang kedua bagi aku. Sebelum ni, aku biarkan umur aku terus meningkat macam tu je, tanpa sambutan apa-apa pun. Dalam bilik tu terhidang dengan minuman jus asli, sedikit snek dan minuman bergas. Dan bilik itu diterangi dengan cahaya lilin diatas kek. Sambutan yang pertama pada masa aku berumur 19 tahun kalau tak silap aku. Tu pun bukan disambut secara mengejut macam malam ni. Semua telah dirancang. Tu pun setelah pujuk akak aku supaya beli kek. Aku sangat-sangat terkejut. Bayangkan dah ler tengah-tengah blur baru bangun tidur, di kejutkan dengan suara yang sangat kuat dan di simbah dengan air jus asli. “ adakah aku masih tidur??” sebab itu semua di luar jangkaan. Bukan apa semua ada dalam bilik tu, ‘musuh’ aku yang tak bertegur sapa pun ada, cikgu lan, arif, mie sejarah dan pengarah hadlan. Macaam pelik dan memang menghairanya. Seminit kemudian baru aku sedar, rupa-rupanya memang benar semua ni betul-betul berlaku. Aku berada di pintu itu terkesiama dan terdiam kaku tak tahu nak kata apa. Diorang sediakan cup cake untuk aku. Agak sebak dan sangat-sangat terharu. Memang sukar untuk menghuraikan dengan kata-kata dan tidak dapat terluah dengan huruf-huruf.

Aku masuk dan duduk di tepi dengan keadaan masih kehairanan dan masih dalam keadaan yang sangat keliru. Betul ke diaorang nie sambut hari lahir aku??adakah aku terlalu mengharapkan sambutan sehingga terbawa ke mimpi??betul-betul aku tak salah tengok???diam tak berkata aku. Aku memang sangat-sangat terharu. Aku bagai nak menitiskan air mata. Macam tak percaya benda-benda macam ni boleh berlaku kepada diri aku. ‘Musuh’ aku yang bernama Burhanuddin Ishak yang merancang semua ini. Dia cakap, dia tidak bercakap dengan aku pun sebab that is part of the plan. Aku memang tak percaya. Sanggup dia buat macam tu. ‘ Musuh’ tu bukan betul-betul musuh, tetapi bila nak bertembung sahaja, salah seorang daripada kami akan lagi dan saling tidak lihat muka masing-masing. Macam musuh. Tetapi dalam hati aku dia seorang sahabat yang sangat baik yang pernah aku jumpa. Aku sentiasa berdoa, aku dan burhan kekal menjadi seorang sahabat yang baik sehingga diri ini telah bersatu kembali dengan tanah.

BUAT ARIF, MIE, AZLAN, HADLAN DAN DALANG DI SEBALIK SEMUA INI BERLAKU, BURHAN. AKU TAK TAU NAK UCAPKAN DENGAN KATA-KATA DAN TIDAK DAPAT TERTAIP DENGAN HURUF-HURUF INI, UCAPAN AKU, AKU SANGAT-SANGAT TERHARU DENGAN TINDAKAN KALIAN DAN AKU DOAKAN KALIAN SENTIASA DICUCURI RAHMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT. KORANG LAH SAHABAT AKU YANG SANGAT-SANGAT BAIK. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA……..

2 ulasan:

NIVYANFAZZA berkata...

salam,
sorryla tak bertegur dalam masa hampir 2 minggu...
it was some part of the plan...
hehe...
sorry ek my "musuh"
happy birthday zam..!

master mazeen berkata...

ape2 lah en burhan..
ape pun terima kasih kerana plan semua ni..
memang expectable...
thanks a lot..