tag line

tag line

Sabtu, 6 Januari 2024

Azam dan resolusi tahun baharu

 Bismillah,

Good morning!

Tak terlabat rasanya kalau aku ucapkan Selamat Tahun Baharu 2024!

Normal dalam kalangan kita bercakap dengan azam dan resolusi atas dasar perubahan sesuatu sebagai contoh perubahan kepada persekitaran (pindah ke kawasan perumahan baharu), perubahan masa (azam tahun baharu), perubahan personal (daripada bujang kepada berkeluarga) dan perubahan-perubahan lain. Setiap azam yang diwujudkan itu berlandaskan kepada perkara yang positif dan yang boleh memberi impak yang baik kepada diri.

Dalam posting kali ini, aku just nak berkongsi azam yang biasa berlaku iaitu azam perubahan masa  - AZAM TAHUN BAHARU. Azam tahun baharu yang biasa kita dengar dan tetapkan adalah untuk kurus, kurang gula dalam diet seharian, perbanyakkan ibadah dan sebagainya. Sedar atau tidak, azam tersebut adalah sesuatu yang baik dan sangat baik. Namun tiada pengukuran yang boleh dibuat.

Post aku kali ini bukan untuk bercerita berkenaan azam yang tidak dipenuhi dan sebagainya. Itu biasa kita dengar. Namun, posting aku kali ini berkenaan perkara berikut;

  1. Adakah kita mempunyai pengukuran bagi azam kita pada tahun baharu (boleh diukur dan dikira)?
  2. Adakah penetapan azam kita itu menyeluruh merangkumi faktor dalaman (fizikal, rohani, spiritual) dan luaran?
  3. Adakah azam yang kita tetapkan realistik dan bukan impian?
Pandangan aku, perkara-perkara di atas perlu ambil peduli dan ambil kira. Masih belum terlambat untuk kita tetapkan azam dengan kriteria seperti di atas.

Sebagai konklusi, pandangan aku penetapan azam tu tak perlu banyak namun biar realistik dan boleh dicapai. Untuk berubah kita perlu jadikan amalan dan insyaAllah ia akan kekal menjadi tabiat. 

Penutup, pernah tak kita terfikir untuk menatapkan azam berikut:
  1. Brisk walk, at least 2 kali seminggu.
  2. Ganti solat wajib yang pernah ditinggalkan sebelum-sebelum ini at least 5 waktu untuk seminggu?
  3. Solat jemaah at least 5 kali sminggu
  4. Solat hajat, tahajjud dan taubat at least 1 kali seminggu
  5. Khatam Al-Quran 2 kali setahun
  6. Baca at least 2 buah buku setahun
  7. Bersedekah setiap kali jumpa tabung/ orang mohon at least RM1
Sama-sama kita fikir dan kita amalkan.