tag line

tag line

Selasa, 11 Jun 2013

Tidak berkesudahan

Spray please...
Kain buruk please...

syok...syek...syok...syek..(bunyi mengelap)

Begini lah, time semangat nak berblog mula la nak spray bagai. Bukan pe, masa bukan ada pun, kalau ada masa pun baik aku tidur dan melihat movie yang melimpah ruah di dalam laptop aku yang mencecah 6 tahun ini! Ok, kita fokus kepada topik kita hari ni, eh! macam cikgu pulak.

Setiap yang berlaku di dalam alam yang fana ini bukan kita yang menetapkan. Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang Maha Esa yang tentukan. Kadang-kadang apa yang ada di akal kita, kita sudah fikirkan lengkap, sempurna dan tiada cacat celanya, tetapi Tuhan Maha Mengetahui. Mungkin setiap yang berlaku adalah demi kesenangan dan kebahagian kita akan datang. Mungkin apa yang kita rancang itu adalah buruk untuk kita? Mungkin jugak yang berlaku kini adalah buruk sekarang tetapi suatu hari nanti adalah terbaik buat kita.

Langkah selamat, kita berdoa pada yang Tuhan agar apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku adalah terbaik buat kita. Sesungguhnya kita tidak mengawal apa yang ada di langit dan di bumi!


Sabtu, 23 Mac 2013

Dilema

Cukup mudah tajuk aku nak karang kali ini. DILEMA! Nak makan nasi atau nak makan mee? nak ke tasik atau nak ke pantai? nak joging atau nak rehat? Banyak lagi dilema yang akan dihadapi. Aku yakin dan percaya setiap manusia yang berada di atas muka bumi Allah ini pasti akan berhadapan dengan perasaan dilema. Dilema bukan sahaja untuk perkara yang besar tetapi untuk perkara yang kecil juga.

Entah kenapa kali ini aku cuba untuk menulis berkenaan dengan dilema? Adakah dilema yang aku hadapi ini terlalu besar berbanding dengan dilema yang aku hadapi sebelum ini? atau adakah dilema yang aku berdepan ini terlalu banyak dan sukar untuk aku pilih? Pelbagai persoalan yang timbul dalam benak aku yang kompleks ini. 


Apa pun aku akan cuba berdepan dengan dilema yang aku hadapi ini dengan tenang dan berhati-hati kerana setiap keputusan yang dibuat mungkin akan mengubah perjalanan hidup. Tak kira lah samada kesannya menyukarkan perjalanan atau pun meringkaskan perjalanan. Semoga keputusan yang akan dibuat adalah diredai olah Allah. Itu hendaknya.