23 Januari 2012 jatuh pada hari Isnin bersamaan dengan Tahun Baru Cina. Ish! tak sangka pulak tahun ni birthday aku di sambut oleh semua rakyat malaysia. HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF! Semua orang cuti. Bukan takat tu je, semua orang meraikan dengan main mercun! Wah! bangga kejap.
Sedar tak sedar umur dah meningkat satu tahun. Memang tak sangka rasanya umur baru 15 tahun tapi bila tengok ic dan 2* tahun! Alhamdulillah umur bertambah menunjukkan Tuhan masih lagi sayangkan aku dengan mahukan aku agar terus mengabdikan diri dan memohon kemaafan daripada melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan. Kesilapan? setiap manusia memang dan pasti akan melakukan, dan penyesalan jugak pasti akan berlaku, tetapi bukan semua penyesalan itu disusuli dengan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Itu lah, memang susah nak menetapkan jiwa agar tidak melakukan dosa. YA ALLAH! Ampunkan dosa ku...
Anyway, entry kali ini sekadar merapu, tazkirah jugak wish kepada diri sendiri. Moga-moga segala dosa diampunkan oleh yang Maha Esa!
1 ulasan:
happy birthday yew en :)
May Allah Bless u ^_^
Catat Ulasan