Bilamana aku cuba melangkah kedunia lain, aku mula merasakan kelainan pada diri. Sesuatu yang tidak pernah dirasa dan dijangka. Sesuatu yang menyebabkan diri sentiasa berada dalam berhati-hati, bimbang sekiranya tersilap langkah, mungkin diri ini kecundang dan sekiranya diri ini terjatuh, kadang-kadang sukar untuk bangun. Tapi itu semua bergantung kepada semangat diri, sekiranya jiwa ini sekeras konkrit insyaAllah diri ini akan sentiasa teguh walaupun hujan, ribut, tsunami sekali pun. Tetapi sekiranya jiwa ini selembut roti rasanya akan terus memejam mata, walaupun belum menitiskan darah.
Hidup ini ibarat berada di tengah-tengah medan perang, semua bergantung kepada diri samada mahu menutup mata atau berhadapan dengan tentera musuh berpangkat prebet, kopral, lans kopral, jeneral atau lawan bermati-matian walaupun sedar diri akan tersungkur. Tetapi awas! sekiranya diri ini menutup mata atau bertindak sebagai pengecut, mata pedang mungkin mencederakan ada kerana di medan perang, pedang tidak akan berhenti berawang-awangan, kiranya diri ini terus memejamkan mata, makin parah jadinya dan kiranya diri ini tidak berputus asa, mungkin diri ini akan selamat daripada sebarang ancaman pedang atau pun sekadar menerima sedikit goresan pada diri yang akan memberi kesan dan peringatan pada detik yang akan datang!

Harap anda faham apa yang saya cuba sampaikan. Apa pun syukran jazilan yang rab! kerana menemukan aku dengan Prof. Dr. Zainodin Hj Jubok dan Puan Noraini Abdullah. Buat kalian berdua, terima kasih kerana memperkenalkan apa ertinya dunia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan