tag line

tag line

Rabu, 30 Mac 2011

Anak tiri

Anak tiri? Bila sebut je anak tiri semua dah paham dan dah tau ape yang cuba disampaikan. Kenapa wujudnya terma anak tiri? Sape yang maksudkan anak tiri itu dengan diasingkan? Mungkinkah dipengaruhi dengan cerita-cerita daripada barat dan dibawa oleh cerita zaman dulu kala? Zaman sekarang kebanyakan cerita yang aku dengar, mak tiri sangat baik dan sangat rapat dengan anak tirinya. Ini bermaksud tak releven dah konsep mak tiri yang sangat suka marah-marah, maki hamun, menyingkirkan anak tirinya dan sebagainya. Itu daripada konsep talian darah manusia.

Daripada konsep institusi pula, apa yang aku dapat perhatikan adalah kebanyakan institusi mewujudkan konsep anak tiri. Apa yang cuba saya sampaikan adalah, ada institusi yang cuba membawa konsep anak tiri kepada jabatan dibawahnya. Konsep ini boleh menyebabkan sesebuah institusi itu musnah, hancur dan sebagainya. Tiada gunanya sesebuah institusi tersebut berhabisan ribuan ringgit untuk mengadakan program berbentuk teamwork sekiranya institusi tersebut mengamalkan konsep 'anak tiri'.

Kini kita menghampiri zaman yang dijangkakan dulu adalah zaman kegemilangan. Zaman kegemilangan adalah zaman yang penuh dengan sopan-santun, hormat-menghormati, tolong-menolong, bantu-membantu, sayang-menyayangi, maju dan sebagainya. Jadi konsep 'anak tiri' haruslah dan mestilah dihapuskan dari semua genap segi; kemanusiaan, organisasi, institusi dan sebagainya, bagi merialisasikan zaman kegemilangan yang diimpikan!

2 ulasan:

cp0w berkata...

Power doesn't corrupt people; people corrupt power.William Gaddis.

B tough tho.Gluck:)

master mazeen berkata...

thank cpah!