Baru nak post la. Maaf banyak-banyak ler kepada member2 yang baca blog aku nie. Bukan ape, dah sebulan berlalu br nak post n story2 pasal konvo. Kalau orang lain, bila abes je konvo terus cerita sbb time tu lah org kata fresh dan semua nya ingat lagi peristiwa apa yang telah berlaku sepanjang konvo. Skarang ni dah kira berkarat dah. Tapi ada aku kesah?hahaha
Detik 10-10-10 dipagi yang hening di Kota Kinabalu, hati ini mula rasa tidak selesa macam ajal atau malapetaka yang akan muncul (ada ke patut pk camtu). Tapi pada masa tu hati mula~dup dap~dup dap~. Mungkin kerana ini adalah kali pertama aku melalui pengalaman yang sebegini?. Aku cuba tenteramkan perasaan yang gundah-gelana ini. Maklumlah pertama kali naik pentas yang berprestige katakan. Pagi tu aku rancang nak p UMS nak tgk studio tok ambik gambar untuk dijadikan kenangan abadi selamanya. Intai2 jumpalah satu tempat yang aku kira murah la berbanding tempat lain. Kemudian aku balik rumah kak da dimana tempat aku menginap untuk ambik umi+abah+mek+ayoh untuk menghadiri konvo aku.
Setibanya aku di UMS atau lebih spesific tiba di dewan yang bakal melakar sejarah dalam hidup aku nanti, Dewan Canselor aku jumpa dengan best fren aku ajie, tetiba suh berkumpul untuk perarakan graduan masuk dewan. Masa tu ada lah jam 11 pagi atau 10.30 pagi camtu ar, aku
lupa. Br plan nak masuk studio dulu sblm berpeluh2 dan berbau peluh. Terpaksa lah aku beratur nak masuk dewan bagi perarakan graduan dah ler time tu jubah x pakai langsung lg. Adus! Nasib baik sempat semuanya. Dalam hati ni dup dap dup dap dah.
Semasa diumumkan " PERARAKAN MASUK GRADUAN" perasaan ni dengan bangga nya berjalan masuk kedalam Dewan Canselor bagi mendapatkan segulung ijazah setelah 3 tahun 1/2 berjuang bermati-matian. Masa berjalan masuk dalam dewan, mata ni liar mencari dimana umi+abah+ayoh+mek berada. Jumpa ayoh+mek+abah kat luar dewan sebab diorang pergi tandas. Jumpa umi sahaja dalam dewan setelah aku dipanggil.
Lain pulak ceritanya masa atas pentas, debaran langsung tidak terasa cam biasa je. Perasaan ketika itu hanya, x sabar nya nak berada di tengah pentas untuk mendapatkan segulung ijazah yang diimpikan itu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Di kesempatan yang ada ini, aku ingin mengucapkan terima kasih yang teramat kepada kak long yang menyokong sekeras nya untuk aku berjuang jauh di perantauan. Umi dan Abah, terima kasih kerana sanggup melepaskan anak mu ni dan sentiasa mendoakan kejayaan diri ini. Jasa kalian hanya Tuhan sahaja yang mampu balas. InsyaAllah insan ini tidak akan sia-siakan penat lelah yang di sumbangkan. TERIMA KASIH!