Persoalan disini, ada ke patut?mmm~~~, memang tak patut. Al-kisah nya begini......
Aku sebagai fresh graduate atau graduan yang baru tamat pengajian dalam bidang Matematik dengan Ekonomi dari Universiti Malaysia Sabah kononnya tidak lah bercadang untuk menanam anggur lebat sangat, jadi masa Latihan Industri (praktikal) di Universiti Malaysia Kelantan ada lah jugak intai-intai mana tau ada kerja kosong ke tak, malangnya UMK sekarang iaitu tahun 2010 tidak mengambil sebarang staf. Malang sungguh nasib ku. Tapi dengan hati yang bersemangat waja untuk tidak menanam anggur, aku pun mintak kerja kat jobsmalaysia dengan harapan aku dapat berkerja setelah tamat latihan industri.
Selang beberapa bulan kemudian, aku bukak lah balik portal jobsmalaysia kononnya nak tangok lah mana tau ada panggilan temuduga ke tak. Tup tup ada panggilan temuduga di satu syarikat di negeri Kelantan. Tidak perlulah aku war-warkan nama syarikat terbabit. Aku bukan main gumbira lagi sebab dapat panggilan temuduga. Pertama kali ni. Panggilan temuduga dalam jobsmalaysia pada 24 Mei 2010 dengan jawatan Penyelia Kawalan Kualiti. Lepas tu, selang beberapa hari, ada panggilan telefon dari syarikat berkenaan dan menyatakan mengenai temuduga yang akan dijalankan pada 24 Mei 2010. Tapi apa yang pelik adalah jawatan Penyelia Kawalan Kualiti bertukar menjadi Penganalisis Ekonomi. Ah..biar lah janji dapat kerja. Temuduga bertukar tarikh kepada 20 Mei 2010 pada hari Khamis jam 10.30 pagi.
20 Mei 2010 tepat jam 9.45 pagi, aku dengan keizinan bos aku, Cik Faidzah Shah Rum pergi temuduga yang telah dinyatakan. Siap pakai tie lagi. Yelah kerja penganalisis Ekonomi tu, ingat senang ape. Sampai sahaja di syarikat berkenaan, apa yang mengejutkan, hanya 2 orang sahaja datang untuk temuduga. Dalam hati ini, wah!! tinggi kemungkinan untuk aku dapat. Aku orang pertama sampai dan ditemuduga. Yang pelik nya, seorang lagi tu, pakaian biasa je, ah biarlah mungkin untuk jawatan lain? Mana lah tau.
Borang selesai diisi, kemudian aku dipanggil untuk ditemuduga. Aku dalam otak siap sedia dengan info pasal syarikat berkenaan dan jawatan Penyelia Kawalan Kualiti juga Penganalisis Ekonomi. Sedang temuduga itu berjalan, tiba-tiba penemuduga bertanya, " awak tau ke jawatan yang di pohon? dan ape bidang tugas syarikat ini?". Aku ape lagi jawab lah sebab aku dah siap sedia dengan jawapan tu, " Jawatan adalah Penganalisis Ekonomi. Syarikat ini berkecimpong dalam bidang binaan jambatan, jalan raya dan sebagainya". Tiba-tiba aku tengok muka penemuduga tu tercengang? Pelik? Nak tau jawapan penemuduga tersebut?
Jawatan yang ditawarkan adalah Pengurus Ladang Lembu dan syarikat yang menawarkan jawatan tu bukan syarikat yang tersiar dalam jobsmalaysia. Aku pun ape lagi xplain lah semua. pasal jobsmalaysia dan panggilan telefon Tup tup aku pulak bertukar menjadi penemuduga. Pelik~~pelik~~
Dalam kereta semasa balik ke pejabat aku terfikir, mungkin kah ini adalah satu taktik untuk memanggil orang untuk ditemuduga? Tidak mustahil, tapi tidak kisah lah. Janji aku ada pengalaman ditemuduga dan "menemuduga".