tag line

tag line

Jumaat, 23 Januari 2009

Terima Kasih....


Mula-mula aku nak berterima kasih kepada Burhan, Arif, Hadlan, Azlan dan mie kerana sanggup tunggu sehingga tepat 00:00 pada 23 Januari 2009 dan membuat surpise party untuk aku dengan kek warna biru lagi. Kepada yang telefon kepada aku, umi, Dr. Fadh, Tina, Yan. Kepada pemberi hadiah, terima kasih banyak-banyak Wan. nice shirt blue in colour lagi. Kepada penghantar SMS Asma', Junior ku Zana, Fadzli, Zaidah, Muna, Wanie, my secret admire, Mon, Diana, Izzi, ida dan kepada 3 insan yang hantar dan aku tak tau sape. Kepada penghantar kepada testi kat friendster aku Anne, Khairul KMPh, Ehsan. liya dan Melissa.

Alwayz Smile ok?

More SMILE graphics

Smile..

More SMILE graphics

Khamis, 22 Januari 2009

My surprise birthday party...

Ini adalah gambar-gambar makanan pada pagi sambutan surprise party. Tiada gambar pada malam tu sebab tiada camera untuk di ambil. Esoknya aku cari banyak alternative tok jadikan semua ini kenangan abadan abada. Satu lagi, tu bukan arak yer. Pure jus tu. Jangan salah faham. Thanks to all my friends;
[Burhanuddin, Azlan, Arif, Mie dan Hadlan]

Ini adalah hidangan pada surprise parti.

Ni salah satu cup cake

tinggal 2 bijik lagi cup cake

Jangan salah sangka. Itu bukan botol arak. Pure jus sahaja.

23 Januari 2009....

22 jan 2009, 9.30 malam, mata aku semakin berat, minda jangan dikata, dah menerbang jauh tah kemana aku pun tak tau. Wan yang bertandang rumah aku sedar akan keadaan aku yang ‘mabuk’ tu, dia minta izin untuk pulang, bila wan pulang, aku berkemas dan menutup laptop aku yang terlintang dengan muzik yang sayup-sayup kedengaran itu. “Lambatnya laptop ni nak off. Ngantuknya” monolog dalaman berlaku. Memang tak larat nak membuka mata. Rasa bagai ada ‘gunung’ berada diatas kelopak mata. Bila semua telah sedia, aku angkut laptop dan segala benda berharga keatas untuk tidur. Ngantuk punya pasal, aku abaikan ‘musuh’ aku yang berada di bilik aku tu. Tapi malangnya, Arif nyenyak tidur di katil aku. AHHH!! Ngantuknya. Apa aku nak buat sekarang? Aku letak laptop aku dalam bilik aku, kemudian aku turun bawak balik untuk tidur kat meja. Ngantuk punya pasal, keselesaan aku abaikan ketepi. Baru saje aku nak letak kepala di meja, hadlan balik dari mesyuarat. Lega….boleh aku tidur di katil husmi. Apa lagi orang dah sorong bantal, tidur jelah. Bestnya!!!

Dalam nyenyak tidur, tetiba ada manusia kejutkan aku yang tengah tidur. Dah ler aku ngantuk, AHHHH!!! Geramnya!!!ganggu orang nak tidur je…awal-awal aku buat tak nampak je, tetapi manusia ni tak putus asa kejut aku. Pelik ni. Biasanya manusia ni susah nak kejutkan aku tidur tambahan lagi kalau kejutkan aku dan aku tak nak bangun juga, dia biarkan aku tidur saja. Tapi ini memang pelik…????.....aku menggagahkan diri untuk bangun, tengok jam kat handphone 00:01. Dalam hati aku, “dah bertambah umur aku dah. Dah 23 tahun rupanya aku nie” aku ikut je manusia yang tidak berputus asa mengejutkan aku tadi. Tapi aku singgah masuk ke tandas dulu, manusia yang diberi nama Mohd. Arif Lokman Bin Azman telah membawa aku kebilik aku. Aku tengok, hadlan tiada di biliknya, pelik jugak. Bilik aku gelap-gelita je. Aku buka je pintu bilik aku tu, kemudian……

SURPRISE!!!!!!!!! HAPPY BIRTHDAY!!

Diorang sambut hari lahir ke-23 aku rupanya, aku terkesima sebentar. Betul ke ni????untuk pengetahuan semua ni adalah sambutan yang kedua bagi aku. Sebelum ni, aku biarkan umur aku terus meningkat macam tu je, tanpa sambutan apa-apa pun. Dalam bilik tu terhidang dengan minuman jus asli, sedikit snek dan minuman bergas. Dan bilik itu diterangi dengan cahaya lilin diatas kek. Sambutan yang pertama pada masa aku berumur 19 tahun kalau tak silap aku. Tu pun bukan disambut secara mengejut macam malam ni. Semua telah dirancang. Tu pun setelah pujuk akak aku supaya beli kek. Aku sangat-sangat terkejut. Bayangkan dah ler tengah-tengah blur baru bangun tidur, di kejutkan dengan suara yang sangat kuat dan di simbah dengan air jus asli. “ adakah aku masih tidur??” sebab itu semua di luar jangkaan. Bukan apa semua ada dalam bilik tu, ‘musuh’ aku yang tak bertegur sapa pun ada, cikgu lan, arif, mie sejarah dan pengarah hadlan. Macaam pelik dan memang menghairanya. Seminit kemudian baru aku sedar, rupa-rupanya memang benar semua ni betul-betul berlaku. Aku berada di pintu itu terkesiama dan terdiam kaku tak tahu nak kata apa. Diorang sediakan cup cake untuk aku. Agak sebak dan sangat-sangat terharu. Memang sukar untuk menghuraikan dengan kata-kata dan tidak dapat terluah dengan huruf-huruf.

Aku masuk dan duduk di tepi dengan keadaan masih kehairanan dan masih dalam keadaan yang sangat keliru. Betul ke diaorang nie sambut hari lahir aku??adakah aku terlalu mengharapkan sambutan sehingga terbawa ke mimpi??betul-betul aku tak salah tengok???diam tak berkata aku. Aku memang sangat-sangat terharu. Aku bagai nak menitiskan air mata. Macam tak percaya benda-benda macam ni boleh berlaku kepada diri aku. ‘Musuh’ aku yang bernama Burhanuddin Ishak yang merancang semua ini. Dia cakap, dia tidak bercakap dengan aku pun sebab that is part of the plan. Aku memang tak percaya. Sanggup dia buat macam tu. ‘ Musuh’ tu bukan betul-betul musuh, tetapi bila nak bertembung sahaja, salah seorang daripada kami akan lagi dan saling tidak lihat muka masing-masing. Macam musuh. Tetapi dalam hati aku dia seorang sahabat yang sangat baik yang pernah aku jumpa. Aku sentiasa berdoa, aku dan burhan kekal menjadi seorang sahabat yang baik sehingga diri ini telah bersatu kembali dengan tanah.

BUAT ARIF, MIE, AZLAN, HADLAN DAN DALANG DI SEBALIK SEMUA INI BERLAKU, BURHAN. AKU TAK TAU NAK UCAPKAN DENGAN KATA-KATA DAN TIDAK DAPAT TERTAIP DENGAN HURUF-HURUF INI, UCAPAN AKU, AKU SANGAT-SANGAT TERHARU DENGAN TINDAKAN KALIAN DAN AKU DOAKAN KALIAN SENTIASA DICUCURI RAHMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT. KORANG LAH SAHABAT AKU YANG SANGAT-SANGAT BAIK. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA……..

IS SIN NIAN KUAI LE...


IS SIN NIAN KUAI LE di ucapkan kepada rakan-rakan cina yang menyambut tahun baru tak berapa lama lagi. Terutamanya my best friend semasa kat KMPh, See jing Kai. Kawan-kawan cina kuliah hayat 2 terutama budak-budak tutorial 9 sesi 0. Member cina kat UMS, Vivian, Tan Lay Lean dan semua kawan-kawan yang telah awal-awal balik untuk menyambut tahun baru cina ini. Semoga korang happy semasa menyambut tahun baru. Yang paling penting, HONG BAO NA LAI. Bawak yer...hehehe

Ahad, 18 Januari 2009

Sem 6, Tahun 3...



Sem ini, aku ambik 17 jam kredit je. Sebenarnya aku nak ambik lebih lagi, tetapi memandangkan kemampuan aku yang agak kurang maka, aku membuat keputusan untuk mengambil 17 jam kredit sahaja. Awal-awal aku daftar 20 jam kredit, kemudian aku buang 1 subjek dan akan di ambik sem seterusnya. 1 subjek yang aku buang adalah Projek II. Bukan ape, aku dapat tahu viva II akan berlansung pada akhir Mac. Aku fikir mungkin aku tak cukup sedia dengan viva yang terlalu awal, tambahan lagi, sem ni 6 subjek yang lain adalah subjek mejor. Lama juga penyelia (supervisor) aku fikir untuk aku tidak meneruskan projek II pada sem ini. Akhirnya aku di benarkan supaya menagguhkan pendaftaran Projek II pada semester yang seterusnya. Ini adalah subjek yang aku ambil pada semester ini:

Matematik Lanjutan II (SM 30803)
Miss Khadizah Ghazali
BK 2 (SST)
Isnin
1400-1600
Pemodelan Matematik (SM31003)
Prof. Dr. Zanodin Hj. Jubok
BK 2
Isnin
1600-1800

Perhitungan Berangka (SM20402)
Prof. Madya Dr. Jumat Sulaiman
BK2
Selasa
1000-1200
Sains Keputusan (SM 30603)
Prof. Dr. Amran Ahmed/Puan Noraini Abdullah
BK2
Selasa
1400-1600

Analisis Statistik (SM20603)
Puan Darmesah Gabda
Bk2
Rabu
1000-1200

Penyelidikan Operasi (SM21003)
Puan Asdalifah Talibe
BK2
Jumaat
1000-1200
Rakan-rakan semua doakan aku supaya berjaya dengan cemerlang dan semua bidang termasuk pelajaran, hidup dan sebagainya!!....Ameeeeeeeenn...

Sabtu, 17 Januari 2009

Ahad, 18 Januari 2009.


Assalamualaikum...

Isu sekarang adalah tiada kaitan dengan mana-mana pihak samada yang baru lahir mahu pun yang tengah nazak bahkan yang telah meninggal dunia. Hari ini 18 Januari 2009 bersamaan dengan 21 Muharam 1430H, aku bangun dengan azam yang membuak-buak untuk mentela'h buku pelajaran yang telah lama tidak di sentuk dek kerana kesibukan dengan pelbagai tugasan yang diberikan dan juga pelbagai kelas ganti. Kelas-kelas ganti ini adalah merupakan kesinambungan daripada warga UMS yang berbangsa cina balik awal atas alasan menyambut perayaan tahun baru cina. Bukan alang-alang diorang balik, sebulan geng!!.Apa pun semoga mereka bahagian bersama keluarga yang tercinta semasa di kampung halaman. Padahal baru je balik ke sini seminggu.

Jam menunjukkan 8 pagi, aku dengan perasaan rajin yang berbaur malas telah mengajak rakan sebilik, merangkap rakan karib jugak se kursus dengan aku untuk ke perpustakaan UMS semata-mata untuk belajar bersama-sama. Jam 9 pagi kami berdua bersiap sedia untuk bergerak. Tetapi perasaan malas aku sudah meningkat semakin tinggi. Masa bangun tadi malas 40% je, tetapi sekarang meningkat kepada 65%. Tetapi dengan langkah yang susah dan payah, aku dan arif melangkah jugak untuk ke perpustakaan.

Seperti biasa hari hujung minggu dimana warga KKIP dan juga warga mana-mana tempat kerja pun bila hujung minggu adalah waktu rehat untuk tidur sepuas-puasnya. Tetapi aku dengan arif memaksa diri melangkah menuju ke gedung ilmu yang digelar PERPUSTAKAAN. Kami mengambil masa 30 minit untuk mendapatkan bas menuju ke kampus UMS. Lebih kurang 9.45 pagi, kami tiba di salah satu perhentian bas UMS dekat dengan PPIB (Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa). Bila mana kaki ini melangkah keluar bas dan mula perlahan-lahan menyentuh bumi UMS, perasaan aku yang berjuta kali malas semakin membuak-buak. Perasaan itu aku ketepikan malah akan aku tinggalkan jauh kebelakang.

Kami masuk ke perpustakaan UMS yang besar dan indah ini dengan satu tekad dan azam iaitu mendapatkan ilmu sebanyak yang mungkin. Jam terus berdetik dan berdetik, jam 10:12:46 aku mula menghidupkan komputer riba aku dengan satu tujuan iaitu melayari internet untuk melihat mana tau ada tugasan atau arahan daripada pensyarah untuk kami. Bila sahaja semua komputer riba aku siap sedia, jari-jemari aku mula pantas berdetik dan bergerak kencang melayari laman web Yahoo untuk melihat email. Tiada arahan daripada pesyarah kami. Tetapi jari-jeri ini masih lagi gatal-gatal untuk kemas kini blog ini. Semakin kencang taipan berbunyi di perpustakaan ini. Bukan sekadar blog dan email yang aku bukak, friendster pun aku tegok jugak.

Sedar tak sedar perut menyanyi-nyayi dengan kuat, aku lantas melihat jam tangan yang menunjukkan tepat jam 11.45 pagi. Arif mengajak aku untuk mengambil makan tengah hari kami di kafe perpustakaan. aku terus berkemas dan bergerak ke kafe berkenaan. Aku makan nasi sup ayam berharga RM3.50 + air minuman berharga RM1. Memang tak sedar pun sepanjang aku di perpustakaan aku hanya menggunakan kemudahan internet percuma sahaja. Objektif utama aku masih tidak berjalan. Aku cuma sekali lagi untuk membuat tekad mentelaah pelajaran yang berat aku pikul bersama-sama dengan komputer riba aku selepas makan.

1 tengah hari, aku dan arif naik untuk meneruskan perjungan yang masih lagi belum bermula. Seperti biasa macam pepatah kata gendang genduk tali kecapi, kenyang perut senang hati. Mata aku mula berat, mata arif lagi lah nampak ngantuk. Arif sempat lagi 'mengangguk' tanpa ditanya!!. aku ambik inisiatif melayari internet untuk mengelakkan ngantuk, padahal buku tak disentuh pun lagi!!. Pada waktu itu aku buka web MAS dan Airasia, mana tau ada tiket murah KL-KB-KL nanti aku balik nanti. Perh!! aku jumpa tiket balik KB naik Airasia dan balik KL, aku naik MAS. Tetapi tiket MAS masih lagi murah KL-KB RM42.50 dan KB-KL RM 39. Jadi total RM81.50. Jam menunjukkan 1.45 tengah hari, apa yang aku rancang dengan arif nak balik jam 2 petang. Hahaha... Usaha dan semangat aku tinggal sebagai semangat. Nak balik lewat ckit, nanti tiada bas nak balik IP. Lagi susahkan diri. Lantas terkuburlah cita-cita aku untuk mentelaah buku di perpustakaan yang sejuk dan senyap ini. Aku segera pergi solat dan bersiap sedia untuk balik. Dalam 2.15 petang aku akan berangkat pulang dengan arif sekejap lagi. APA NAK JADI NIE!!DOAKAN AKU NANTI BALIK IP, BIAR AKU DAPAT MENTELAAH DENGAN BAIK....

Isnin, 12 Januari 2009

Kun fayakun...

8 jan 2009 bermulanya semester baru aku di Universiti Malaysia Sabah atau di kenali UMS. Sepatutnya lebih awal tetapi memandangkan semua pendaftaran adalah secara online jadi tiada apa yang perlu dirisaukan. Aku sudah awal-awal lagi siap sedia dengan segala kemungkinan.

Pada awal-awal semester ini banyak benda yang sedih-sedih yang penulis dengar. Antara yang terpanas dan yang terhangat sekali di dunia ialah kekejaman Israel laknatullah terhadap Palestin. Banyak nyawa yang tidak berdosa melayang termasuk warga emas dan kanak-kanak terkorban. Banyak yang kita dengar demonstrasi jalanan dan pelbagai usul di jalankan untuk menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Yang terbaru adalah di negara kita yang tercinta, pada 13 Jan 2009, parlimen Malaysia sebulat suara menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan serta merta Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi mendakwa penjenayah perang Israel yang melakukan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.Desakan itu adalah antara 10 usul dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang kemudian dibahas dan disokong semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang yang diketuai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seramai 201 Ahli Parlimen menghadiri sesi khas itu dengan 129 mewakili Barisan Nasional (BN), 70 dari Pakatan Rakyat dan dua ahli Bebas. Turut memerhatikan sidang khas itu ialah 32 perwakilan asing, termasuk dari Amerika Syarikat dan Britain. Bukan setakat negara islam sahaja membantah pencerobohan terhadap palestin tetapi rakyat negara bukan islam turut membantah keras kekejaman ini.

Hari ini, 18 Januari 2009, keluar berita bahawa Israel bersiap sedia untuk melaksanakan gencatan senjata sebelah pihak tetapi menegaskan tidak akan berundur dari Semenanjung Gaza selepas 22 hari membedil wilayah Palestin dan membunuh 1,199 orang, termasuk 410 kanak-kanak serta mencederakan 5,300 orang. 16 Januari 2009, di UMS atau lebih spesifik di Kolej Kediaman Indah Permai (KKIP), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS telah menayangkan kekejaman Israel terhadap warga Palestin. Bagi penulis ini adalah suatu langkah yang sangat baik dalam memberi kesedaran kepada mahasiswa supaya kita bersyukur dengan keamanan yang negara kita kecapi selama ini.

Seminggu selepas penulis sampai di negeri di bawah bayu ini untuk meneruskan perjuangan yang belum berpenghujung, salah seorang rakan karib penulis menceritakan kepada penulis tentang rompakan yang berlaku di kampung halamannya. Kejadian rompakan ini berlaku di kampung halaman rakan penulis, dimana rumah kejadian hanya tinggal sepasang suami isteri. Kesemua anak-anak mangsa sedang belajar di universiti. Tiba-tiba penulis terfikir, macam mana keadaan umi dan abah penulis? Mereka sedang buat apa? Sihat ke? Ada apa-apa yang berlaku ke? Banyak persoalan yang timbul yang menyebabkan penulis agak gusar dan sangat risau dengan kejadian yang berlaku.

Pada hari yang sama, bila sahaja penulis sampai sahaja di rumah penulis, penulis mendapat satu berita yang amat mengejutkan penulis. Penulis tidak sangka perkara sebegini terjadi. Tanpa penulis sedari kejadiaan yang berlaku tetap terjadi. Seperti dalam ayat Al-Quran, kun fayakun bermaksud lebih kurang, bila mana sahaja Allah menghendakkan kejadian itu berlaku, maka berlaku lah. Tak kiralah kita cuba mengelak sejauh mana pun. Semua adalah perancangan Allah yang Maha Esa dan Maha Mengetahui setiap sesuatu. Kejadian yang di maksudkan oleh penulis ialah salah seorang sahabat penulis dan merupakan rakan serumah penulis telah kemalangan dengan sebuah kereta di lampu isyarat jalan ke KKIP. Petang itu juga, penulis bersama-sama rakan serumah yang lain telah mengambil inisiatif dengan menyewa kereta untuk melawat rakan penulis itu. Tetapi malangnya penulis tidak dapat bertemu dengan mangsa keran kami diberitahu bahawa mangsa masih lagi berada di dalam bilik bedah. Kami hanya sempat bertemu dengan keluarga mangsa.

Seperti yang dinyatakan kepada pembaca sekalian, kun fayakaun, bila mana kejadian itu hendak berlaku, maka berlaku lah juga. Tetapi ingat setiap apa yang terjadi adalah ketentuan Allah. Allah tidak akan melakukan sesuatu dengan sia-sia, ini mempunyai maksud yang tersurat dan juga pengajaran supaya kita insaf dan sedar akan kesilapan yang berlaku. Ini yang dikatakan kita mesti percayakan kepada kado' dan kadar. Setiap yang berlaku dengan izin yang Maha Berkuasa ada maksud yang tersirat mahupun tersurat malah boleh dikatakan salah satu cara untuk menghapuskan dosa!!