Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat and hello guys!
Kali ini aku nak berkongsi dengan sahabat semua tentang pembersih wajah. Ramai yang menggunakan pembersih muka, tetapi ramai yang tidak tahu cara yang betul menggunakan pembersih wajah. Baru-baru ini aku terbaca satu artikel berkenaan perkara ini dan aku nak berkongsi dengan sahabat semua.
Kebanyakan individu mencuci muka dengan terlalu cepat. Sepatutnya pembersihan hendaklah perlahan bagi membolehkan pembersih wajah menyerap masuk ke dalam kulit untuk memecahkan minyak dan juga sebum.
Pastikan tangan anda bersih sebelum mencuci
Halang bakteria dan kotoran daripada tangan merebak ke wajah anda dengan membasuh tangan terlebih dahulu. Kemudian, pastikan sabun dibilas dengan bersih sebelum meneruskan proses mencuci muka. Bahan kimia daripada sabun akan menyebabkan iritasi kulit pada wajah anda.
Pembersih wajah berubah mengikut jenis kulit dan musim
"Biasanya kulit akan lebih berminyak pada musim panas dan lebih kering pada musim sejuk, jadi saya cadangkan untuk tukar pembersih wajah mengikut perubahan musim" kata Davis Bank, Pakar Dermatologi dan Pengasas Pusat Dermatologi, Kosmetik & Pembedahan Laser di New York.
Cara menggosok keterlaluan
"Ada segelintir individu yang gemar mencuci muka secara kuat dan kasar dengan harapan agar segalanya masalah kulit boleh hilang dengan cepat tetapi sebenarnya ia boleh memburukkan keadaan" kata Pakar Dermatologi Vermen Verallo-Rowell. Beliau menambah, lakukan urutan secara lembut, bukan menggosok dengan kasar.
Membersih seluruh wajah
Cuci muka termasuk bahagian leher, dada dan bahu anda. Bukan hanya pada muka semata-mata.
Teknik urutan yang betul
"Lakukan gerakan hujung jari anda dalam gerakan memusing di seluruh wajah dan leher anda. Penting untuk membuat pergerakan secara perlahan dan lembut supaya kulit tidak menjadi iritasi. Dengan urutan sebegitu di wajah anda, ia mampu merangsang perjalanan darah dan oksigen dengan baik," jelas Bank
Jangan lupa bilas
"Bilas pembersih wajah di muka anda dengan air suam. Sentiasa bilas pembersih wajah anda, jangan biarkan begitu sahaja. Krim pembersih wajah yang biasa sering meninggalkan sisa pada kulit yang boleh menghalang bahan-bahan dari serum dan pelembap untuk menyerap dengan baik ke dalam kulit," kata Pakar Kecantikan Selebriti, Renee Rouleau.
Pembersih wajah boleh bersihkan berus mekap
"Berus mekap adalah lubuk bakteria, jadi bersihkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan anda boleh melakukan dengan pembersih wajah anda! Pembersih wajah adalah musuh kepada berus mekap yang lebih semula jadi," terang Grustas.
Garam, bahan biasa digunakan
"Kandungan garam (sodium klorida) sering terdapoat dalam produk seperti syampu, pencuci dan pembersih wajah. Produk-produk ini dibuat dengan menggabungkan surfactants khusus yang bertindak sebagai agen berbuih dan biasanya melibatkan garam untuk mencapai tahap kelikatan yang ingin dicapai," kata Cacilia Wong, Pakar Kecantikan New York.
Alga turut digunakan
Selain itu, Wong memberitahu, Diatomaceous earth atau dikenali sebagai alga mati juga digunakan dalam pembersih wajah dan pengelupasan. Warna hijau dan berlendir, sesuaitu yang anda boleh dapati dibahagian bawah akuarium ikan!
Sekadar berkongsi. Semoga dengan perkongsian ini sahabat semua dapat menggunakan pembersih muka secara optimum!
sumber :
iSihat | Disember 2014 | Bil.86 | m.s : 64-65