tag line

tag line

Jumaat, 20 Jun 2014

Jiwa kacau!


Bismilalah,

Di waktu petang Jumaat ini, entah kepada laju sahaja otak berfikir itu dan ini. Terkeluar persoalan kenapa, mengapa dan sebagainya. Dek kerana terlalu terfikir segala mood terganggu, timbul rasa ingin meracau, marah dan emosi tidak stabil. Pelbagai isu yang terkeluar dan cuba menjamah emosi yang meracau sehingga ketenangan mengganggu gugat hati yang cuba tenang. 

Entry kali ini bukan untuk bermadah, tetapi cuba mengeluarkan apa yang tersirat yang cuba membinasa ketenangan yang dicari. Masih mencari sesuatu yang pasti akan menenangkan jiwa. Orang kata untuk menyelesaikan masalah, cuba berkawan dengan masalah. Berkawan dalam konteks ini adalah cuba memahami masalah itu. Kemudian selidik kenapa masalah itu timbul dan insyaAllah masalah akan selesai.

Itu kata orang, tapi bila mana terkena batang hidung sendiri, aplikasi yang cuba diterapkan itu tidak menjadi seterusnya punah.

Tapi apa yang pelik, apabila sahabat memerlukan sesuatu pertolongan pasti idea dan nasihat akan mencurah-curah keluar. Ada yang berjaya menyelesaikan masalah dan ada juga yang sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah yang dihadapi. Tapi 'hidung' ini masih tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri.


"Ya Allah, tenangkan hati yang resah ini. Sesungguhnya Engkau sahaja tahu apa yang berada di hati ini. Kekacauan apa yang berlaku ini telah ditentukan oleh Engkau untuk menjadikan aku ini bertambah kuat. Aku sedar Engkau tidak akan menguji hamba Engkau kalau hamba Mu itu tidak mampu menanggung. Tapi berikan sikit ruang penyelesaian masalah yang hamba Mu ini masih buntu dengan penyelesaian. Aku reda, aku pasrah dengan ketentuan yang telah Engkau tetapkan. Semoga aku makin kuat dan tabah menghadapi ujian yang aku anggap ini berat untuk aku hadapi dan pastinya menemui jalan penyelesaian yang terbaik buat Mu."

Amin.