tag line

tag line

Rabu, 30 Mac 2011

Anak tiri

Anak tiri? Bila sebut je anak tiri semua dah paham dan dah tau ape yang cuba disampaikan. Kenapa wujudnya terma anak tiri? Sape yang maksudkan anak tiri itu dengan diasingkan? Mungkinkah dipengaruhi dengan cerita-cerita daripada barat dan dibawa oleh cerita zaman dulu kala? Zaman sekarang kebanyakan cerita yang aku dengar, mak tiri sangat baik dan sangat rapat dengan anak tirinya. Ini bermaksud tak releven dah konsep mak tiri yang sangat suka marah-marah, maki hamun, menyingkirkan anak tirinya dan sebagainya. Itu daripada konsep talian darah manusia.

Daripada konsep institusi pula, apa yang aku dapat perhatikan adalah kebanyakan institusi mewujudkan konsep anak tiri. Apa yang cuba saya sampaikan adalah, ada institusi yang cuba membawa konsep anak tiri kepada jabatan dibawahnya. Konsep ini boleh menyebabkan sesebuah institusi itu musnah, hancur dan sebagainya. Tiada gunanya sesebuah institusi tersebut berhabisan ribuan ringgit untuk mengadakan program berbentuk teamwork sekiranya institusi tersebut mengamalkan konsep 'anak tiri'.

Kini kita menghampiri zaman yang dijangkakan dulu adalah zaman kegemilangan. Zaman kegemilangan adalah zaman yang penuh dengan sopan-santun, hormat-menghormati, tolong-menolong, bantu-membantu, sayang-menyayangi, maju dan sebagainya. Jadi konsep 'anak tiri' haruslah dan mestilah dihapuskan dari semua genap segi; kemanusiaan, organisasi, institusi dan sebagainya, bagi merialisasikan zaman kegemilangan yang diimpikan!

Selasa, 15 Mac 2011

Antara tanda tandas yang kreatif dan menarik!

Yang ni sah lah korang boleh agak kan?


Adakah ia bermaksud, women boleh masuk kedua-dua tandas?

Kompem dapat beza kan?

Oit! ni sensetif ni

Bagaimana anda buang air kecil begitulah anda masuk


Yang ni pulak bergantung kepada spender yang korang pakai

Tandas ini untuk lelaki, wanita, orang kurang upaya, anak-anak yang di pantau oleh ibu, dilarang merokok dan yang penting anda hanya boleh menggunakan tandas ini maksimum 15 minit

Bergantung kepada bagaimana anda tahan kencing!

Yang ni lak, camne air kencing korang kluar
Ops!

Ahad, 13 Mac 2011

Math is beautiful 2

Sepertimana yang telah dijanjikan, kali ini blog ini akan menampilkan satu lagi bukti yang menyatakan bahawa matematik yang tidak digemari oleh beberapa pihak adalah sangat unik, cantik, indah dan banyak lagi yang baik-baik.


Tahun ini adalah tahun 2011, secara langsung kita akan berhadapan dengan beberapa tarikh yang sangat menarik perhatian. Contoh yang lepas adalah 1/1/11, 11/1/11 dan yang akan datang adalah 1/11/11 dan 11/11/11.

Then figure this out!

Korang ingat tak tahun korang lahir? Kalu korang tak ingat, SAH! dan SAH! korang kena masuk wad psikatri atau bahasa kasarnya adalah WAD GILE! Aku tau korang mesti ingatkan, mustahil tak ingat. Kalu tak mungkin korang tak dapat baca blog aku ni. Dah-dah, jangan duk merapu straight to the point. Aku ambik contoh:

1961 = 50 tahun (pada tahun sekarang - 2011)

ambik dua digit akhir tahun lahir anda
(61)
umur anda tahun 2011 adalah 50 tahun, tambah dengan dua digit akhir tahun anda lahir
(50 + 61)
hasilnya adalah:
111!!

Kalau korang tak percaya, cuba lah dengan tahun anda lahir. SELAMAT MENCUBA!

Khamis, 10 Mac 2011

Bencinta atau HAVE!

Sekali baca macam pelikkan. Jangan ingat lagu Faizal tahir (Bencinta), lain la. Tapi konsepnya ala-ala lagu Faizal Tahir.

Bencinta = Benci + Cinta
Have = Hate + Love

Jadi, ada paham semua? Kali ini, aku sekadar nak berkongsi satu dialog yang aku jumpa kat saluran internet. Istimewa nya dialog ni, nanti aku cerita. Let read first!

John : Ah...at last. I can hardly wait!
Jane : Do you want me to leave?
John : NO! Don't even think about it.
Jane : Do you love me?
John : Of course! Always have and always will.
Jane : Have you ever cheated on me?
John : NO! Why are you even asking?
Jane : Will you kiss me?
John : Every chance i get!
Jane : Will you hit me?
John : Hell no! Are you crazy?
Jane : Can I thrust you?
John : Yes
Jane : Darling

Kalau korang semua baca dari awal hingga akhir kompem la macam cinta cintun gitu kan? Tapi dalam sebuah dialog yang ringkas ini, saya yakin ada tidak mengetahui dimana bukan satu cerita boleh dihasilkan tetapi DUA buah cerita mampu dihasilkan.

KISAH PERTAMA : Baca dialog dari atas hingga ke bawah.
KISAH KEDUA : Baca dialog dari bawah hingga ke atas.

Jadi macam mane?

Itu lah kenyataan


" Aduh! Nape terjadik pada aku? Takde orang lain ke?". Itu lah kenyataan yang selalunya keluar dari mulut insan-insan yang tetiba ditimpa bencana. Bencana ini pasti akan menyebabkan diri kita sedih, pilu dan sayu sehinggakan membawa kepada ketidak boleh terima kenyataan. Malangnya itu adalah kenyataannya yang harus dihadapi dan harus terima walau sepahit mana pun. Ingat satu je, Tuhan mahu menguji hambanya kerana setiap ujian yang diberi kepada hambanya, hambanya mampu untuk menghadapinya dan Allah tidak akan beri ujian yang hambanya tidak mampu menanggung ujian itu kerana Tuhan amat menyayangi semua hambanya!

Selasa, 1 Mac 2011

Berbau keikanan

Itu lah maksud terus kepada smell fishy (entah betol entah tidak la aku main hentam je). Entry kali ini adalah sekadar memperingati semua pembaca dan sekalian warga manusia sejagat. Sepanjang 25 tahun aku hidup, aku dah mula rasa asam garam kehidupan yang penuh liku-liku, jerih-perih dan sebagainya.

Biasanya kita akan dengar, setiap kata-kata adalah doa. Tapi kali ini aku katakan setiap kata-kata adalah ular. Bukan ape, cuba korang fikir, manusia sekarang semakin hari semakin cerdik dan semakin menjaga kepentingan sendiri. Demi kebahagiaan dan keselamatan diri, mereka sanggup menipu bukan dengan cara perbuatan sahaja, tetapi dengan kata-kata.

Term setiap kata-kata adalah doa itu patut anda sentiasa jadikan sebagai guide kepada diri. Sebab itu lah kita digalakkan agar diam daripada bercakap. Konteks yang berbeza kepada pihak lawan (yang kita berhadapan untuk bercakap - deal) adalah setiap kata-kata adalah ular. Jangan pula anda terus menghukum setiap apa yang dicakapkan oleh pihak lawan adalah ular, tapi sekadar beringat - kalau pihak lawan itu jujur, Alhamdulillah, kalau sebaliknya? Jadik sendiri mau ingat lah yer, deal tu berhati-hati lah. Kalu boleh rekod setiap kata-kata kita dan yang kita deal. Mesti kelakar kan dengan apa aku cadangkan ini, tapi ingat suatu hari nanti korunk akan paham ape yang aku cakap ni.