tag line

tag line

Selasa, 9 Mac 2010

Kenapa BAJU?

Assalamulaikum...

manusia tidak pernah cukup dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang diterima”. Itu adalah ayat yang selalu aku dengar. Aku menjadi semakin faham dengan ayat ini. Kadang-kadang kejadian atau sesuatu peristiwa akan mematang diri yang semakin berumur ini. Kadang-kadang juga peristiwa yang boleh dianggap kecil itulah yang bakal mematangkan kita.

‘Baju’ adalah pakaian yang melambangkan kepada individu tersebut. Sama kes nya kepada pekerja pejabat. Baju yang diterima yang diberi oleh pejabat menjadi lambang atau tanda terima kasih kepada diri yang berkerja bertungkus lumus.

Pada aku pula lain kesnya. Aku yang bekerja bertungkus-lumus, tidak ambil kira duit, tenaga dan masa yang aku habiskan dengan bekerja. Hasil yang diperoleh adalah SIFAR atau dengan perkataan yang lebih jelas TIDAK DIHARGAI. Bukan sijil penghargaan yang dikejar, tetapi ucapan terima kasih yang dilambangkan dengan baju sudah cukup bagi aku. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa baju diambil sebagai contoh? Kisah nya begini....

Aku pernah menjalani Latihan Industri di sebuah Institusi awam dan alhamdulillah aku diserap sebagai pekerja sementara di institusi tersebut. Semasa aku menjalani Latihan Industri aku di ugut macam-macam seperti kalau aku tidak buat kerja itu, markah aku akan dipotong. Kadang-kadang aku bekerja dengan memaksa diri agar ikhlas. Kerana dengan ikhlas lah menyebabkan kita bekerja dengan gembira. Waktu aku bekerja pula tidak tentu. Kadang-kadang terpaksa mencecah jam 12 malam dan kadang-kadang sampai jam 8 malam. Kadang-kdang juga waktu hujung minggu aku terpaksa datang pejabat semata-mata atas arahan bos. Gaji atau dipanggil elaun dibayar adalah RM200! Mana cukup dengan kerja yang aku buat dengan bermacam-macam aku habis!

Sekarang aku menjadi pembantu penyelidik di institusi tersebut. Ini bermakna di jabatan yang aku bekerja sekarang mempunyai 2 orang pembantu penyelidik termasuk aku. Apa yang dapat diperhatikan oleh beberapa orang staf tempat aku bekerja dan perasaan aku sendiri, aku yang bekerja bagai nak gila tapi orang lain dihargai. INI TIDAK ADIL. Aku cuba tenangkan diri ini dengan menganggap benda ini adalah remeh. Tapi hati dan perasaan ini tidak dapat menerimanya. Kadang-kadang aku rasa nak berhenti kerja sahaja. Tapi mengingatkan objektif dan impian aku masih belum tercapai, maka aku terpaksa kuburkan nafsu untuk berhenti kerja kecuali ada tawaran daripada tempat lain. Hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya hati ini. Sampai sahaja aku di rumah, aku terus menelefon kakak angkat aku bagi meluahkan segala yang terbuku dan terguris. Alhamdulillah kakak angkat aku berjaya menjahit luka tersebut walaupun masih lagi berdarah. Tetapi aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku berjaya mengurangkan perasaan yang kecewa ini.

Aku sedar biarlah perasaan yang kecewa ini aku bawa sendirian. Aku anggap mungkin Tuhan mahu menguji ketahanan aku untuk memberi yang lebih baik kepada aku. Aku juga akan ambil sebagai cabaran kepada diri ini agar maju setapak lebih jauh daripada sekarang. Wish me best of luck!!