tag line

tag line

Selasa, 29 September 2009

Humor boleh melawan penyakit!


kajian telah dilakukan oleh saintis dari Universiti Sains Norwegian dan Hospital St. Olav di Trondheim, Norway, mendapati sifat kelakar dan mudah ketawa boleh menyelamatkan penyakit. Mereka yang menghidap penyakit yang kronik mempunyai peluang yang cerah untuk hidup lebih lama sekiranya mereka mempunyai sikap mudah ketawa. Hasil kajian yang diterbitkan dalam the international Jurnal of Psychiatry in Medicine ini berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas kesemua pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang kronik di Hospital St. Olav. Sekiranya pesakit mempunyai sifat kelakar yang ada pada manusia maka mereka dikatakan mempunyai peluang untuk hidup sebanyak 31 peratus melebihi pesakit yang lain. Perbandingan ini bergantung pada ciri kesihatan yang sama antara pesakit yang diuji. Kajian terkini juga mendapati bahawa ketawa memberikan kesihatan yang baik pada jantung. Dalam kajian yang dilakukan oleh pakar kardiologi di Universiti Pusat Perubatan Maryland, Baltimore, mendapati mereka mengesan tahap penyakit jantung berkurangan sebanyak 40 peratus dalam kalangan yan suka ketawa dalam pelbagai situasi berbanding dengan mereka yang tidak mengalami sakit jantung pada usia yang sama!

sumber:
Dewan Kosmik, Januari 2007,M/S:32

Ahad, 27 September 2009

SELAMAT HARI RAYA...

Assalamualaikum....

Mula-mula nak wish SELAMAT HARI RAYA kepada semua rakan dan sahabat taulan semua terutama yang membaca blog ini. Sekiranya saya ada melakukan salah dan silap, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Harap permohonan maaf ini dapat diterima. (Maaf kerana lambat wish dek kerana kena jaga datuk kat hospital from 1st day raya hingga 26hb).

Terima kasih......

Rabu, 2 September 2009

Aku ada pasangan ku sendiri...


Bila seronok, aku cari.
Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya....

Tapi kalau Mak sudah tiada.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berkorban untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Jika disudut hati kecil anda, anda berasa insyaf,
buatlah sesuatu yang bermenfaat demi penjagamu/ibumu
yang anda sanjungi dan sayangi. Ambilah peluang ini,
terutama selagi masa masih lagi menyebelahi anda.

SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MENYAYANGI ANDA ...


dipetik daripada email:
Prof. Dr. Zainodin Hj Jubok

Selasa, 1 September 2009

Puasa si miskin...

Sekadar renungan, peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang.

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?". Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya. Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?" "Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..". "Bapak kerja apa?" "Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ". Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu. "Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.." Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat. " Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?" "Cuma RM3.00 sehari." "Ayahnya bekerja macam mana" "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari." Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Di petik daripada e-mail:
Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok