tag line

tag line

Isnin, 13 Julai 2009

Minggu pertama semester 7...

6 Julai 2009, hari pertama aku menjejakkan kaki kembali ke Universiti Malaysia Sabah. Perasaan aku ada sedikit berbaur pilu dan sedih. Tetapi demi untuk mendapatkan segulung ijazah dan memenuhi cita-cita yang di impikan, aku beranikan diri melangkah masuk ke UMS. InsyaAllah, semester ini aku bakal menghabiskan pengajian ijazah ku ini. Memang tak sangka, walaupun agak sukar, Alhamdulillah aku berjaya juga mengharungi sukar dan getir demi mendapatkan segulung ijazah. Semester ini aku mengambil 23 jam kredit. Mungkin sesetengah orang dengar agak banyak. Tapi sebenarnya sedikit sahaja. Pada awal-awal dahulu, aku hanya susun menjadi 21 jam kredit sahaja. Tetapi setelah pertukaran kod kursus baru-baru ni, jam kredit aku terjejas. Tapi tak pe, janji aku dapat menceduk seberapa banyak ilmu yang akan di curahkan kepada ku oleh pensyarah nanti. Subjek yang aku ambil adalah;



1) Kaedah Berangka

2) Kalkulus Pemboleh ubah Kompleks

3) Prinsip Amalan Pengurusan

4) Projek 2

5) Latihan Industri

6) Pengoptimuman

7) Asas Keusahawanan

8) Biometri dan Rekabentuk Eksperimen



Projek 2 aku bahagian penulisan aku dah siap. Mungkin ada sikit-sikit penambahan sahaja. Latihan Industri tak mengganggu pun, sebab Latihan Indsutri akan berlangsung pada cuti semester. Pengoptimuman aku ulang untuk menaikkan pointer sahaja. setelah ditambah dan ditolak, hasilnya 13 jam kredit sahaja. Aku rasa tak lah terlalu banyak. Aku berbincang dengan banyak pensyarah dan hasilnya ada yang menyokong dan ada yang mengutuk malah menjatuhkan semangat aku ke dasar laut agar aku lemas dalam air yang aku kononnya khayalkan dan impikan. Biarlah selagi aku adalah Tuan Mohd Nizam Tuan Mustapa, aku harus kuat dan yakin bahawa aku mampu dan aku boleh. Apa-apa hal wish me best of luck dan juga doakan agar aku boleh melepasi segala ranjau yang sukar ini. Ameen...